Sunday, October 18, 2009

Irfan nazmi @ Baby




Irfan Nazmi

(Bijaksana dan Berdisiplin)




Baby adalah umpama 'duit raya' dari Tuhan untuk mama...apa taknya seminggu selepas raya mama merasai kelainan pada badan mama...simptom morning sickness yang mama lalui semasa mengandungkan along mula dirasai...pada mulanya mama agak terkejut memikirkan along yang baru setahun...rasa tak keruan juga hati mama ni...tapi pada masa yang sama, mama bersyukur coz mama dan papa baru jer berbincang untuk menambah ahli keluarga tup tup, dah mengandungkan baby...
murah sungguh rezeki papa dan mama...



Allah Maha Besar....sepanjang mengandungkan baby adalah suatu masa yang amat panjang yang terpaksa mama tempuhi...morning sickness yang mama alami teramatlah teruk...mama diwad sebanyak 4x dengan 10 botol air terpaksa dimasukkan dlm badan mama...ya Allah....janganlan KAU kurangkan sedikit pun keimanan dan kesabaranku dalam menempuhi dugaanMU ini...



Dan papa...? papa dah tak terkejut bila mama kal inform kena ward...malah kadang2 papa tak heran pun....(mama keja kat hospital so katanya mmg mudah sgt nak kena tahan...kebajikan staf adalah keutamaan...) sedih juga rasanya...nasib baik la dalam keadaan mama yg tak larat nih along dijaga oleh tok, so takder la along diabaikan oleh mama yang kerja ulang alik masuk ward nih....Thanks mak....



Pejam celik pejam celik mama sudah memasuki bulan ke 9, Dr jangkakan due mama 18 Jun, tapi mama nih siang malam doa agar baby kuar pada 0606...nakkan nombor cantik la katakan...pada 01/06 mama dimasukkan ke wad, kononnya ada kontraksi tapi nampaknya baby saja nak acah2 mama...dua hari ditahan mama discharged...detik berlalu dan terus berlalu...malah 0606 pun dah beberapa hari meninggalkan mama...frust la juga tapi nak buat mcmn dah belum tiba masanya...so, mama tunggu jer la saatnya nanti....



Tanggal 12/06 (khamis) mama ada appmt dgn pakar O&G seperti biasa (untung kerja hospital, treatment suma dgn pakar heheheh....) Dr yang dah biasa dgn mama pun tahu mama dah terlepas tarikh 0606 tu so dia kata kalu nak hari nih dia boleh buatkan mama bersalin... uummmm mcmn tu?....lepas scan tu dia inform mama yang dia nampak ada kontraksi...mama senyum jer la, yer la baby kan dan kenakan mama dulu...Dr tanya mama nak bersalin or tak hari nih...mulanya mama refuse tapi mikirkan nanti pun nak kena lahirkan juga so selepas agak lama mama termenung  akhirnya mama bersetuju...lepas Dr buat VE, mama dimaklumkan bukaan dan 2cm...mama senyum lagi...tak sakit pun....so, mama ke pejabat utk habiskan mana2 kerja yang tersedia menanti kat atas meja mama tu....



Hampir 12.30pm mama ke toilet utk ssshhhhhuuuuu...alamak ada darah.. dan mama rasa takut...mama inform rakan2 sepejabat...dekat kul 1pm mama akhirnya berjalan ke labour room....still tak sakit cuma mama agak risau...selepas di admit, pemeriksaan Ve dan CTG dilakukan untuk memastikan mama benar2 ingin bersalin dan baby benar2 ingin 'melihat' mama....memandangkan hospital tmpt mama kerja bukan yang friendly papa so mama alone tanpa papa di sisi...pada masa ni, mama benar2 perlu kuat utk baby dan utk mama sendiri....oh! alangkah baiknya sekiranya papa di sisi mama sekarang nih....



Sebenarnya papa tak bersetuju dengan keinginan mama utk bersalin di hospital kerajaan, tapi mama berdegil untuk bersalin disebuah hospital yang friendly baby dengan harapan mama akan berpeluang untuk menyusukan baby lebih lama dari tempoh penyusuan along...mama mmg benar2 berharap nak susukan baby sekurang2 untuk tempoh 1-2 tahun..ye la kat private depa mmg bagi botol...malah ibu dan anak dipisahkan...si ibu akan mendapat rehat dan langsung tak diganggu dengan tangisan si anak...lain senarionya bila bersalin di hospital friendly baby coz ibu dan anak ditempatkan bersama bagi memudahkan proses penyusuan nanti...dalam apa jua keadaan ibu mesti meyusukan si anak....no compromise dgn puting tiruan!!!!



Berbalik dgn story baby....hampir jam 4.30pm ketuban mama dipecahkan...sejam kemudian mama mulai rasakan kontraksi....sakit yang pada mulanya sedikit semakin lama semakin mencengkam diri...ya Allah, mama benar2 teringatkan papa....dan akhirnya tanpa sempat disambut oleh pakar, mama telah selamat melahirkan baby... Ya Allah, terima kasih kerana memudahkan proses kelahiran ini juga terima kasih di atas kurniaanMu pada tanggal 12/06 jam 0606 petang!!!!! Oh.....akhirnya dapat juga 0606 tu...walaupun ianya detik dan bukan tarikh.....!!!! ok la tu....


Seperti semua ibu2 yang lain, pada saat pertama kali menyentuh dan menciummu....tiada yang selembut dan seharummu...Dengan wajah mulusmu, kulit putihmu, pekat hitam rambutmu, mancung hidungmu semuanya kelihatan amat sempurna di mata mama...sungguh indah pemandangan itu. Malah dengan raut wajahmu yang comel dan lembut itu, ramai yang beranggapan yang baby adalah 'girl'...mama memang kepingin seorang baby girl actually but no  a big deal....kelahiran dan kehadiran baby membawa 1001 kegembiraan disamping melimpahruahkan rezeki untuk papa....sesungguhnya baby benar2 'harta' yang diamanahkan oleh TUHAN terhadap papa/mama...


Pada detik mama mengabadikan memoir ini, baby sudah pun berusia 1 tahun, 4 bulan 6 hari...tiada yang lain yang mama harapkan, justeru baby juga masih terlalu kecil untuk berdepan dengan dunia sebenar di luar sana....Melihat baby yang tenang dan lena tidur dibuaian bersebelahan mama, doa mama semoga dikau dijauhi dari segala kejahatan syaitan terlaknat, semoga dikau menjadi insan yang soleh dan terpilih untuk berada di bawah payung rahmatNYA, yang sentiasa dilindungiNYA, juga semoga dikau menjadi insan yang bijaksana kerana dikaulah harapan dan sandaran mama/papa sehingga ke dunia selepasnya nanti....



Perlu dikau ketahui wahai anakku, sesungguhnya dikaulah 'angel' yang nanti akan menyelamatkan mama dan papa....Semoga harapan mama ini akan difahami olehmu anakku, pabila dikau dewasa kelak....mama akan menunggu saat itu....tanpa doa yang putus2 untukmu wahai anakku....Kalau pun usia mama tidak sepanjang harapan mama, catatan ini pasti memberi ilham untukmu dalam mengenali mama...Justeru, bersekali memahami harapan yang mama sandarkan untukmu....
 
 
 

No comments:

Post a Comment