Sunday, December 13, 2009

12/12, 4th Anniversary.......

Ikatan Cinta Pertama 12/12



Kisah cinta mama dan papa boleh dikatakan berliku2 mcm filem hindi....banyak la titik2 intervalnya.....dari suka, tukar duka, dari bercinta, tukar putus dah putus sambung balik, dah sambung gaduh pulak sampai la ke satu tahap papa berjaya juga mengadap kadi dan mengangkat martabat mama dari seorang wanita ke satu tahap lagi apabila bergelar seorang isteri......Pada saat pertama kali bergelar seorang isteri uuuummmmhhhh seronok!!! Dapat pulak lelaki yang mmg diidam-idamkan so mcm dunia ana yang punya la...hahahaah....
Klu nak cerita suma sekali mmg jenuh mama nak mengarang cuma doa mama agar anak2 mama tidak melalui momen2 pahit yang pernah terjadi dalam hidup kami....walau bagaimanapun penghujungnya kami akhirnya bersama....betul kata orang, asam garam, pahit manis yang pernah dilalui ini mengajar kami utk saling menghargai...bukan senang untuk memiliki apa yang kita teringin sangat untuk memiliki......Selepas 4 tahun dengan dikurniakan 2 orang hero yang segak dan kacak, mama bahagia, bersyukur dan senang dengan Kurniaan Tuhan kepada mama....Tapi masih banyak lagi yang perlu mama capai dan miliki...InsyaAllah berkat doa semua, mama akan berusaha keras untuk memilikinya...suatu hari nanti......


Dalam tempoh 4 tahun ini juga, mama masih lagi dalam proses mengenali hati budi papa..bahkan masih juga cuba untuk mengenali semua ahli keluarga papa....ia adalah proses yang berpanjangan....walau sukar sekalipun kena juga berusaha....untuk kebaikkan semua pihak.
Papa dan mama telah lama kenal sebelum kami diijab-kabulkan, hampir 10 tahun kot, kiranya lepas habis SPM papa la lelaki pertama yang mama 'kenali'...masa tu tahun 1997/98...Kami kenal kat Kolej...kemudian berpanjangan sehingga mama habis 1st degree kat UUM, break jap...pusing kanan, pusing kiri jumpa balik, pi mai pi mai sambung balik sehingga la sebuah penamat diambil pada 12/12 tu....
Tapi......sekarang hati mama dicuri lagi...bahkan jua telah di bawa pergi....maafkan ayang bang, ayang tidak berniat menduakan abang tapi cinta datang tanpa di undang...tanpa paksaan...abang pun mcm tak kisah ayang bercinta lagi...abang tidak pernah melarang apa lagi memarahi ayang atas perbuatan ayang tu...ayang pun dah perkenalkan abang lelaki tersebut..abang gelak jer....macam suka jer!!!! Abang pun kalu ikutkan bukan lelaki idaman ayang pun, ayang nak yang hitam manis, yang tinggi lampai, yang berkumis, yang mcm2 la....dan sekarang ayang dah pun jumpa lelaki tersebut....malah kadang2 apabila abang tertengok dia, abang panggil ayang, tunjuk kat ayang....dan dia? Dia selalu pandang ayang, senyum kat ayang, senyuman dia sangat manis abang....pernah dia kata dia mencintai ayang...Oh! Remy, aku juga mencintaimu....


Alah...itu semua dongengan ayang la bang, sekalipun Remy Ishak datang melutut kat ayang, ayang tetap akan terus bersama abang...mmg la dia memenuhi citarasa ayang tapi, cinta dan hati ayang nih telah terpahat nama abang.... abanglah RuMi ayang...ayangkan JuLi abang.....kihkihkih....

Semoga Rahmat TUHAN akan terus bersama kami semua...semoga TUHAN mengekalkan ikatan ini sehingga ke hujung nyawa mama....dan semoga TUHAN akan terus melimpahkan rezeki dan mengurniakan kesihatan yang baik kepada mama dan papa agar anak2 kami
(Irsyad n Irfan) mendapat hanya yang terbaik untuk kesempurnaan hidup kalian.
Untuk suamiku....tataplah aku melalui hatimu dan pasti kau kan ketemu suatu tempat yang terindah di situ. ketahuilah jua olehmu, tiada yang lain sebelummu...apatah lagi selepasmu (huhuhuhu jiwang karak la pulak....abang jangan pulak muntah kalau terbaca ending nih tau....!)
Love You So Much........

 

No comments:

Post a Comment