Friday, May 21, 2010

Sebuah Kehidupan....



Lama mama terpaksa tinggalkan blog yang penuh dengan catatan dan kenangan nih.... banyak juga perkara yang berlaku setelah hampir 4 bulan mama tinggalkannya.... Cepatnya masa berlalu....banyak kegembiraan, keceriaan tidak ketinggalan juga kedukaan dan air mata dalam tempoh yang seketika cuma itu yang telah dilalui oleh mama......


Permulaan tahun 2010 penuh dengan bunga2 bahagia untuk mama....along sudah mula bersekolah dan baby semakin membesar dengan sihat dan semakin bijak....Malah memasuki bulan february kegembiraan mama dan papa semakin bergandaa apabila kami bakal menerima orang baru lagi...mungkin di musim perayaan Aidilfitri nanti...
Aarrggghhhh....tak terkira girangnya hati mama....mama memang kepingin lagi seorang anak...besar harapan mama untuk kali ini mama dikurniakan seorang bayi perempuan....


Melalui proses kehamilan bukan sesuatu yang senang buat mama...seperti kebiasaan hospital akan menjadi rumah kedua mama....sehinggakan masa untuk anak2 mama sudah tiada. Akhirnya mama dan papa sepakat untuk 'meminjamkan' along pada tok...Mama minta maaf sayang, mama tiada pilihan. Agak sukar untuk papa menguruskan kalian pada saat mama terpaksa admitted at ward...Mama faham keadaan papa....Sejak itu, along tinggalkan alam persekolahan dan mama berterusan keletihan menanggung alahan yang teruk.....


4 Mac 2010 adalah hari yang amat mendukacitakan mama....2 hari sebelum mama inform papa yang mama mengalami discharge...pada saat kami berjumpa doktor tiada lagi nyawa pada janin di dalam kandungan mama....kata doktor, janin mama telah berhenti membesar...tiada lagi denyut jantung...hanya menunggu masa untuk 'keluar'..... Oh! Tuhan, dugaan apa yang KAU datangkan untuk kami....mama kuatkan hati...mama tahan air mata agar tidak menitis di hadapan doktor tersebut...Oh tidakkkkkkk......mama tewas juga akhirnya....Hampir 2 minggu dalam kesedihan barulah mama menerima takdir dan suratan ini....Bukan tercipta untuk mama....mama redha sayang.....




Berganti sedih datangnya gembira....saat menghabiskan cuti hujung minggu di Sumatera Utara dapat juga sedikit sebanyak menceriakan hati mama...seronok n berada selama 5 hari 4 malam di sana...bertambah seronok kerana ia disertai oleh ramai close freinds so....perjalanan yang panjang menjadi pendek dan enjoy.....banyak tempat2 menarik yang telah kami kunjungi...malah nama tempat2 tersebut pun sudah dilupai oleh mama...






Thanks untuk semua rakan2 mama yang banyak memberi semangat dan dorongan untuk mama...tanpa kalian mungkin agak sukar mengharungi dugaan sendirian di perantauan ini...Mama dan papa boleh dikatakan merantau mencari mencari rezeki di sini tanpa ada saudara mara...Justeru hanya kawan2 tempat untuk diletakkan harapan andai datang dugaan dan halangan....Untuk kebaikkan itu hanya TUHAN yang dapat membalasnya....





Dan sekarang.....saat ini mama telah kembali ceria dan gembira seperti kebiasaan mama...banyak benda2 menarik yang akan mama kongsikan nanti seperti kemeriahan sambutan family day HSJ yang telah berlangsung sedikit masa yang lalu...InsyaALLAH akan mama ceritakan nanti pabila koleksi gambar2 telah berada di tangan mama... tunggu...........bye......Luv u alls...

No comments:

Post a Comment