Tuesday, January 29, 2013

::::::::: INDAH NISRINA ::::::::::

 
 
Selamat Ulang Tahun Yang Pertama Untuk Anakanda kami
:::::  INDAH NISRINA BINTI NAZIM ::::::
 
 
(Indah - sehari sebelum usianya genap setahun)
 
Coretan ini khas mama tujukan untuk puteri mama, Indah.
25 Januari 2012 terasa sangat pantas berlalu...sehingga mama tidak sedar rupanya anak mama telah pun berusia 1 tahun...Masya Allah, begitu pantas masaMU berlalu ya Allah....dan Indah semakin membesar, sihat, keletah, bijak, comel dan sudah pandai menyebut bebrapa patah perkataan utama seperti mama & papa...!!
 
Terima kasih Tuhan atas kurniaanMU yang tiada tolok bandingnya ini...segala kesakitan, kepayahan dan kesusahan sepanjang proses kehamilan hilang sekelip mata!! Dan sekarang nyawa yang dulu berada dalam rahim mama ini sedang menghirup udara di bumiMU ini sendiri....di depan mata mama dan papa....sangat menakjubkan....
 
 
(Hadiah untuk puteri mama, juga hadiah untuk mama...)
 

Tiada sambutan istimewa, cuma mama hanya dapatkan sebiji kek yang bersaiz kecil utk diraikan ketika kita di rumah mak tok...ternyata mak tok gembira sambutan untuk Indah dilakukan di Terengganu - terubat rindunya untuk Indah.
 
Untukmu sayang mama.....semoga Indah akan menjadi anak yang solehan, anak yang berguna di dunia hingga ke akhirat, yang taat pada agamanya, yang mengembirakan hati mama dan papa, yang baik budi pekertinya, yang elok paras rupanya, yang bijaksana akal fikirannya dan yang menyejukkan pandangan semua.....
 
 
Indah - Terukir Di Bintang
 

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…


Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu





1 comment:

  1. Dah setahun dah?
    Mak ndak baru jumpa Indah, 2 ka 3 kali ka.
    Huh, cepatnya masa berlalu. rasa macam baru bln lepas ja Indah dilahirkan, emmm

    ReplyDelete