Thursday, April 25, 2013

PERKONGSIAN ILMU ::: BICARA AGAMA- IBUBAPA DERHAKA

Coretan ini adalah hasil dari majlis ilmu yang telah mama hadiri beberapa hari yang lalu...Ia telah disampaikan oleh penceramah terkenal, Ustaz Fauzi (pengacara Al-Kuliyyah, TV3). Banyak manafaat yang telah ustaz kongsikan... namun agak sayang kerana masa yang diperuntukkan hanya 2jam...kalau lebih panjang masanya tentu lebih banyak yang dapat mama kongsikan. In Sha Allah, semoga kita semua sentiasa mempunyai rasa cinta untuk mencari dan memiliki ilmu :-).

Jom mama kongsikan intipati yang mama tumuskan dari majlis tersebut yang bertajuk IBUBAPA DERHAKA....
 
Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Pernahkah kita sebagai Ibubapa mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal, jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Memberikan didikan agama yang cukup?.



Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. 
Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” 

Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. 
Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. 

Pada hakikatnya, hari ini lebih ramai ibubapa yang terlebih dahulu menderhaka kepada anak-anak. Dengan didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak maka lahirlah genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.


Terdapat beberapa faktor yang menjadikan kita sebagai Ibubapa yang derhaka terhadap anak-anak. Antaranya ialah:-

1)      Tidak Mencarikan pasangan yang baik/mulia untuk anak2.
Ibubapa atau bakal ibubapa yang berada di luar sana harus sentiasa beringat, untuk menjadi ibubapa yang baik, bukan hanya bermula dari selepas isteri selamat melahirkan anak, ianya telah bermula dari sebelum berkahwin, lebih tepat lagi sebelum dari proses hendak mencari pasangan hidup.

Firman Allah ada menyebut, "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" dan sebaliknya. Justeru, kalau kita mahukan pasangan yang baik, kita haruslah berkelakuan baik. In Sha Allah, kita akan dapat jodoh yang baik. Bila dah dapat jodoh yang baik, In Sha Allah akan mendapat anak  yang baik dan tidak derhaka  kepada ibubapanya. 

2)      Tidak memberikan nama yang baik kepada anak2.
Panggillah anak2 dengan nama yang elok…sebab itu disunatkan memberikan nama yg mempunyai maksud yang baik.

3)      Tidak mengkhatankan anak perempuan.
 Lakukanlah khatan bagi setiap anak perempuan kerana ia dapat menghalang nafsu dari menjadi raja.

4)      Tidak memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak2.
Layan karenah anak2, jangan menengking anak2, cari masa untuki bersama anak2, berkomunikasilah dengan anak2 bila anak2 merasakan dekat dengan ibubapa, sudah tentu mereka tidak akan menderhaka kepda ibubapa. Anak yang merasakan ‘jauh’ dari ibubapa ada kemungkinan untuk menderhaka kepada ibubapa.

5)      Tidak patuhi janji2 kepada anak2.
 Memungkiri janji adalah sifat orang munafik. Tergamakkah kita menzalimi diri sendiri dengan tidak menunaikan janji yang telah dilafazkan...?

6)      Tidak bagi nafkah yang secukupnya kepada anak2.
Berdosa mensia-siakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Utamakan pelajaran anak2 dan ingatlah, anak2 tidak akan berkira dengan ibubapa yang tidak pernah berkira dengan mereka.

7)      Tidak mengajar halal/haram akan sesuatu perkara kepada anak2.
Ajarlah ayat2 Al-Quran kepada anak2mu dan tidak ketinggalan ajarkan Solat kepada mereka.
 

Banyak lagi faktor2 lain yang tidak sempat dikongsi oleh Ustaz kerana kekangan masa. Walaupun begitu, semoga perkongsian yang sedikit ini membuka pintu hati kita untuk mengaudit diri kita sendiri. Renunglah dan fikirkanlah sejenak adakah kita terlebih dahulu telah “derhaka” terhadap anak2 kita?? Saya bersetuju dengan kata2 Ustaz, kederhakaan seseorang anak itu adalah berpunca dari kederhakaan ibubapanya sendiri….Nauzubillah….

Semoga Allah selamatkan kita semua.

Tuesday, April 9, 2013

KEBAHAGIAAN + MEMBAHAGIAKAN = PILIHAN

Image result for happy women picturesSemalaman aku terfikir jawapan yang telah aku berikan kepada seorang teman rapat usai ditanya knp aku tak apply post yg setaraf dgn pendidikan yang aku ada.....? "Ya, siapa yang tidak mahu menjadi seseorang yang bekerjaya dan mempunyai gaji yang lumayan seperti bos..." Klu aku diberi pilihan aku pun ingin jd sepertinya tp apa kan daya :-p huurrrmmmm (terdetik juga perasaan cemburu apabila memikirkan umurnya yang lebih muda dari aku ttp berjawatan + bergaji besar tu....ahaks) but, at the end of the day... aku memilih untuk redha dan bersyukur dengan rezeki dari Allah SWT... 


 Ya, aku amat yakin dengan jawapan aku semalam....AKU INGIN MENJADI SEORANG YANG BAHAGIA DAN MEMBAHAGIAKAN..... Bukan kerana aku tidak bahagia dengan apa yang aku miliki tetapi pada aku dengan bahagia baru hidup akan lebih bermakna dan indah...Sebanyak mana pun KEKAYAAN/HARTA/DUIT yang kita miliki tetapi sekiranya hati tidak senang, jiwa tak tenteram, hidup berantakkan... kita akan lemas. Kita akan mati sebelum ajal...kita akan berkubur sebelum dikuburkan!! Nauzubillah, semoga Tuhan menjauhi aku dari keadaan tersebut....

Perbezaan yg paling ketara antara si kaya dan si miskin adalah kuasa beli...yang berduit mempunyai kuasa beli yang besar dan begitulah sebaliknya... Contoh, si kaya mungkin mkn  nasi beriani berlaukkan kambing dan si miskin pula berlaukkan ikan kering or kangkong goreng!! but penghujungnya still lagi kita sama2 memilih utk makan nasi right? ok? or mungkin juga apa yg si kaya mahu mudah utk diperolehi, melancong ke luar negara saban tahun, barang kemas penuh di badan, barang berjenama berkereta mewah suatu kebiasaan...shopping suatu kemestian...berlainan keadaan pula bg si miskin... keadaan2 tersebut mungkin tidak berlaku pd mereka or maybe... akan dapat cuma bukan dlm keadaan yg cepat....tidak segera.... ianya perlukan pengorbanan dari aspek masa...tenaga...


Aku memilih untuk menjadi seseorang yang berbahagia dan membahagiakan... selepas itu, sekiranya Tuhan murahkan rezeki kepadaku sehingga menjadi seseorang yang 'berduit' itu adalah suatu bonus...Pasti tidak akan aku tolak...Yang membahagiakan aku adalah keluarga aku...i mean anak2 aku..Mmg aku ibu kepada 3 anak, namun hakikatnya hanya seorang anak berada di sisiku...Ini bukan situasi yang membahagiakan aku.. Tanyalah pada semua ibu di dunia ini, bahagiakah tanpa anak disisi...jawapannya sudah pasti TIDAK!!! Aku ingin bahagia dengan anak2 dan membahagiakan mereka dengan menyedia segala kemudahan dan keperluan yg selayaknya mereka miliki.....Aku ingin memenuhi semua impian mereka, aku ingin menjadi pelindung, pendorong, pembimbing, pengajar, penyelamat dan sebagainya utk mereka...i wanna be super mommy for my kids...everything for them!!

Alhamdulillah, walau seorang sahaja anak yg bersamaku...dia pandai memainkan pelbagai watak dan peranan. Ya, sekurang-kurangnya tercuit hati yg sedikit kosong ini... Baby@ Angah... sangat petah berkata2..kekadang aku jd bos dia... itu bila dia panggil aku, Pn. Murni... kadang aku jd kawan dia, bila dia panggil aku Murni... tp most of the time aku adalah Mama... sweet kan? Love u so much baby.... Dikurniakan anak2 yang segak dan elok paras rupa juga merupakan bentuk ujian utk aku... Along dan Indah terpaksa 'dipinjamkan' bg membahagiakan kedua2 org tua kami...Ya, aku sedang membahagiakan mereka dan dengan yakin suatu hari nanti akan ada hari2 yg bahagia utk aku pula... In Sha Allah...pray everyday for that moment...

 Walau bagaimanapun, cita2 utk mendapatkan kerja yang bersesuaian dengan kelulusan aku tetap ada namun buat masa ini ia tidak menjadi keutamaan...Kejayaan seorang teman baikku memperolehi kerja yg setaraf pada usia 43 tahun sgt2 memberi inspirasi kpdku....Ada jalan, ada peluang...aku juga ingin menjadi seperti itu...Selebihnya, aku bersyukur dengan setiap kurniaan Yang Esa kepada ku...Alhamdulillah...

Last, bahagia dan membahagiakan adalah matlamat aku...akan aku cuba sekuatnya utk mencapai harapan tersebut. Selebihnya, perancangan ALLAH adalah yang terbaik, siapa kita untuk mempersoalkan perancanganNYA. 

"....dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ianya baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ianya buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya..." (Surah Al-Baqarah, ayat 216)

"...kaya merupakan suatu bentuk ujian dari Allah. Apabila kaya kita mungkin boleh jadi lupa diri.. riak.. sombong... bongkak.. iman i tak cukup kuat dan i mungkin akan tergolong dalam golongan yg bersifat buruk tu...i takut kelak i yg merana....pd i, duit senang dpt dan senang juga habis...i cuma nk jd org yg bahagia... selama-lamanya...baru hidup ini akan lebih indah...lebih bermakna..." 
(ceewahhh falsafah karat tu...)

Tuesday, April 2, 2013

Cuti Sekolah = Mac 2013

 Syukur kepada Allah SWT kerana memberi masa dan peluang utk mama, along dan angah menjenguk Indah di Terengganu.  hari yang sangat membahagiakan mama... Dan, bucuk2 mama yg sorang nih...Indah dah semakin besar...semakin keletah dan sgt2 manja dgn mama...mmmuuuaaaahhhhh peluk cium utkmu anak...

 Sedar tak sedar dah memasuki bulan ke 2 Indah bersama mak tok..Ya, pasti sekali ini amat memgembirakan mak tok...dan mama? Entah....mama xpasti dgn apa yg mama rasa....yang pasti hari2 mama merindui Indah!!! Tempoh hari mama bertolak balik Penang ketika indah masih di buaian...berat hati mama ketika itu hanya Tuhan yang tahu...Demi Allah, kalau diberi pilihan, mama ingin semua anak2 mama bersama mama...dalam susah dan dalam senang....
 Along sgt2 menyayangi Indah. Mama sgt senang dgn perilaku tersebut...semoga along akan terus menjadi pelindung, penolong dan petunjuk kepada adik2nya sampai ke hujung nyawa....sesuai dgn namanya...Irsyad Nasri (Petunjuk, pertolongan. Dan, Indah sgt rapat dgn along berbanding angah yang selalu jd 'kaki buli'...sebab tu pic atas sempat di capture coz Indah bg kerjasama yg sgt baik utk bergambar bersama along... but not with angah...menangis xmau... hahhahha mcm2 keletah anak2 mama nih....

 Sebelum bertolak balik ke Terengganu, mama sempat membawa along ke restoran yang menyediakan menu favorite along iaitu Pulut Mangga...berselera along makan n minta mama bw lagi lain kali..."Of course dear, everything for you..." Selain itu, mama juga sempat bw along jumpa dentist utk tanggalkan gigi yg dh mula longgar tu..kesudahannya...hero mama nih dh ronggak...but still the most hendsome boy, i ever met...!! I swear!!

Pembinaan 'Villa Indah' sudah bermula...mungkin ini juga sebab utk papa 'pinjamkan' Indah seketika untuk mak tok...Ya, mesti banyak komitmen yg perlu diberikan bg merealisasikan pembinaan istana ini...Ini adalah design muktamad selepas 3 kali di ubah...mama sgt berpuashati dgn rekabentuk yg dihasilkan oleh arkitek yang telah mengambilkira idea papa dan mama....Mama harap kontraktor dapat menyiapkan sebelum Aidilfitri nanti...In Sha Allah....

Semoga segala apa yg kami rancangkan akan menjadi kenyataan...
semoga anak2 mama sihat walafiat dan di bawah lindungan rahmah Allah SWT walau di mana jua kalian berada.... 
Dan, semoga mama terus sabar dan tabah dalam meneruskan kehidupan ini...
Ameen...