Tuesday, April 9, 2013

KEBAHAGIAAN + MEMBAHAGIAKAN = PILIHAN

Image result for happy women picturesSemalaman aku terfikir jawapan yang telah aku berikan kepada seorang teman rapat usai ditanya knp aku tak apply post yg setaraf dgn pendidikan yang aku ada.....? "Ya, siapa yang tidak mahu menjadi seseorang yang bekerjaya dan mempunyai gaji yang lumayan seperti bos..." Klu aku diberi pilihan aku pun ingin jd sepertinya tp apa kan daya :-p huurrrmmmm (terdetik juga perasaan cemburu apabila memikirkan umurnya yang lebih muda dari aku ttp berjawatan + bergaji besar tu....ahaks) but, at the end of the day... aku memilih untuk redha dan bersyukur dengan rezeki dari Allah SWT... 


 Ya, aku amat yakin dengan jawapan aku semalam....AKU INGIN MENJADI SEORANG YANG BAHAGIA DAN MEMBAHAGIAKAN..... Bukan kerana aku tidak bahagia dengan apa yang aku miliki tetapi pada aku dengan bahagia baru hidup akan lebih bermakna dan indah...Sebanyak mana pun KEKAYAAN/HARTA/DUIT yang kita miliki tetapi sekiranya hati tidak senang, jiwa tak tenteram, hidup berantakkan... kita akan lemas. Kita akan mati sebelum ajal...kita akan berkubur sebelum dikuburkan!! Nauzubillah, semoga Tuhan menjauhi aku dari keadaan tersebut....

Perbezaan yg paling ketara antara si kaya dan si miskin adalah kuasa beli...yang berduit mempunyai kuasa beli yang besar dan begitulah sebaliknya... Contoh, si kaya mungkin mkn  nasi beriani berlaukkan kambing dan si miskin pula berlaukkan ikan kering or kangkong goreng!! but penghujungnya still lagi kita sama2 memilih utk makan nasi right? ok? or mungkin juga apa yg si kaya mahu mudah utk diperolehi, melancong ke luar negara saban tahun, barang kemas penuh di badan, barang berjenama berkereta mewah suatu kebiasaan...shopping suatu kemestian...berlainan keadaan pula bg si miskin... keadaan2 tersebut mungkin tidak berlaku pd mereka or maybe... akan dapat cuma bukan dlm keadaan yg cepat....tidak segera.... ianya perlukan pengorbanan dari aspek masa...tenaga...


Aku memilih untuk menjadi seseorang yang berbahagia dan membahagiakan... selepas itu, sekiranya Tuhan murahkan rezeki kepadaku sehingga menjadi seseorang yang 'berduit' itu adalah suatu bonus...Pasti tidak akan aku tolak...Yang membahagiakan aku adalah keluarga aku...i mean anak2 aku..Mmg aku ibu kepada 3 anak, namun hakikatnya hanya seorang anak berada di sisiku...Ini bukan situasi yang membahagiakan aku.. Tanyalah pada semua ibu di dunia ini, bahagiakah tanpa anak disisi...jawapannya sudah pasti TIDAK!!! Aku ingin bahagia dengan anak2 dan membahagiakan mereka dengan menyedia segala kemudahan dan keperluan yg selayaknya mereka miliki.....Aku ingin memenuhi semua impian mereka, aku ingin menjadi pelindung, pendorong, pembimbing, pengajar, penyelamat dan sebagainya utk mereka...i wanna be super mommy for my kids...everything for them!!

Alhamdulillah, walau seorang sahaja anak yg bersamaku...dia pandai memainkan pelbagai watak dan peranan. Ya, sekurang-kurangnya tercuit hati yg sedikit kosong ini... Baby@ Angah... sangat petah berkata2..kekadang aku jd bos dia... itu bila dia panggil aku, Pn. Murni... kadang aku jd kawan dia, bila dia panggil aku Murni... tp most of the time aku adalah Mama... sweet kan? Love u so much baby.... Dikurniakan anak2 yang segak dan elok paras rupa juga merupakan bentuk ujian utk aku... Along dan Indah terpaksa 'dipinjamkan' bg membahagiakan kedua2 org tua kami...Ya, aku sedang membahagiakan mereka dan dengan yakin suatu hari nanti akan ada hari2 yg bahagia utk aku pula... In Sha Allah...pray everyday for that moment...

 Walau bagaimanapun, cita2 utk mendapatkan kerja yang bersesuaian dengan kelulusan aku tetap ada namun buat masa ini ia tidak menjadi keutamaan...Kejayaan seorang teman baikku memperolehi kerja yg setaraf pada usia 43 tahun sgt2 memberi inspirasi kpdku....Ada jalan, ada peluang...aku juga ingin menjadi seperti itu...Selebihnya, aku bersyukur dengan setiap kurniaan Yang Esa kepada ku...Alhamdulillah...

Last, bahagia dan membahagiakan adalah matlamat aku...akan aku cuba sekuatnya utk mencapai harapan tersebut. Selebihnya, perancangan ALLAH adalah yang terbaik, siapa kita untuk mempersoalkan perancanganNYA. 

"....dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ianya baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ianya buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya..." (Surah Al-Baqarah, ayat 216)

"...kaya merupakan suatu bentuk ujian dari Allah. Apabila kaya kita mungkin boleh jadi lupa diri.. riak.. sombong... bongkak.. iman i tak cukup kuat dan i mungkin akan tergolong dalam golongan yg bersifat buruk tu...i takut kelak i yg merana....pd i, duit senang dpt dan senang juga habis...i cuma nk jd org yg bahagia... selama-lamanya...baru hidup ini akan lebih indah...lebih bermakna..." 
(ceewahhh falsafah karat tu...)

No comments:

Post a Comment