Sunday, March 23, 2014

------> Salahkah mama dalam mendidik anak2.... (Part 2)

Image result for angry mom picturesBismillahirrahmanirrahim...
Minggu lepas, dalam pada mama terbelek-belek paper mama sekali lagi terbaca (Ruangan Keluarga, Utusan Malaysia) sambungan entri yang telah published sebelum ini iaitu "Salahkah mama dalam mendidik anak2...." This is very interesting topic yang boleh dikongsi agar kita semua menjadi parents yang memahami kehendak dan keperluan emosi anak2....Mama harap sedikit sebanyak kita mendapat ilmu yg boleh dipraktikkan dalam memberikan pendidikan yang terbaik buat buah hati pengarang jantung kita semua tu.... hihihihi... so, lets read the second part entry tersebut.....

Minggu lepas kita telah bercerita mengenai kesan marah dan saya telah mengingatkan bahawa marah itu bukan semestinya tidak baik. Adakalanya kita mesti membetulkan anak-anak dan kita perlu marah. Apa yang perlu kita tahu ialah bagaimana untuk marah dan dengan marah kita itu anak-anak menjadi lebih berkeyakinan dan berdaya tinggi.
Menegur dan membetulkan sikap, perangai dan kefahaman negatif anak-anak adalah menjadi tanggungjawab kita. Ibu bapa adalah ketua kepada anak-anak, maka sebagai ketua kita perlu memimpin dengan bijak. 

Image result for angry mom picturesNamun, kefahaman mengenai perkataan ketua inilah yang sering menjadi punca mengapa ibu bapa menggunakan cara yang kasar, mendominasi, tidak bijak, memaksa dan sepertinya, untuk memastikan anak-anak melakukan apa yang disuruh.
Apa yang ibu bapa seperti ini tidak tahu ialah corak kepimpinan telah banyak berubah. Baik dimana pun, corak kepimpinan adalah mempengaruhi melalui teladan baik untuk mendapatkan hormat dan kerjasama daripada pengikut.

Zaman,aku arah kamu mesti patuh!’ telah lama pergi. Oleh itu, apabila ibu bapa memaksa sesuatu ke atas anak-anak berlandaskan ‘dia adalah pemimpin’, maka dia akan mendapati kepimpinannya tidak lagi berkesan. Kepimpinan seperti itu akan membawa masalah mengamuk dan meragam yang kuat. Kita perlu faham setiap manusia diberi Allah maruah diri. 

Apabila seseorang disuruh dan diarah tanpa hormat, maka diri dalaman akan memberontak. Itulah yang kita lihat ramai anak-anak kecil yang dikasari membesar menjadi remaja bermasalah. Hati anak-anak penuh kasih-sayang, jadi gunakanlah tenaga kasih-sayang yang lembut itu sebelum menggunakan tenaga kasih-sayang yang kasar (tough love). Mendisiplinkan anak-anak bukan bermaksud perlu ditakutkan dengan rotan atau hukuman. Apa yang perlu ialah mengadakan peraturan dan menggalakkan dan menghargai bila peraturan diikut.Jika peraturan tidak ikut, maka anak-anak itu perlu dibetulkan dan ditegur dengan cara berikut:-


Image result for angry mom pictures
1-Mengingatkan bahawa anak itu telah melanggar peraturan yang dipersetujui. Ingat, jangan ibu bapa sahaja yang meletakkan peraturan dan anak-anak dipaksa mengikut. Di sinilah ibu bapa yang bijak akan mempengaruhi anak-anak agar mereka bersetuju.


Contoh perbualan yang membawa kepada hasil yang dikehendaki; "‘suka tak jika otak kita geliga?’"... "‘Suka’" jawab anak. "Ayah ada terbaca dan telah mengkaji, kalau otak kita dapat rehat yang cukup sebelah malam, otak ada masa membina jaringan kuat. Oleh itu otak kita jadi lagi geliga. Itu sebab, sayang kena tidur awal, sebab, bila otak mendapat tidur yang cukup, esoknya bila bangun, wow, cepatnya dia meresapkan ilmu!"
 
2-Bertanya, ‘apakah’ yang menyebabkan dia tidak mengikut peraturan dan bukan ‘mengapa’. Perkataan mengapa akan menyebabkan yang ditanya terasa perlu mempertahankan diri. Dengar baik-baik. Jangan terus melenting. 

3-Setelah nyata dia salah, ingatkan hukuman yang telah dijanjikan dan beritahu dia bahawa kesilapan dia itu perlu dibetulkan dan lakukan hukuman itu dengan penuh rasa bertanggung-jawab.

4-Setelah menghukum, nyatakan perasaan bangga anda bahawa anak anda mahu membetulkan diri. Beritahu dia, sikap sebegitulah yang membolehkan dia berjaya di dunia dan selepasnya.

5-Ingatkan kepadanya bahawa kasih-sayang anda kepadanya tetap besar dan dia sangat istimewa bagi anda. Apabila dia meraih pengajaran daripada kesilapan itu, dia akan terus berjaya.

Bukan semua kesilapan anak-anak kita perlu dibetulkan dengan kemarahan. Malah lagi kurang kita menengking dan mengherdik, lagi mudah anak-anak kita berjaya. Fikir-fikirkanlah ke mana pergi tenaga marah itu apabila ia telah hinggap di hati dan badan anak-anak anda. Ketahuilah tenaga tidak boleh musnah atau dicipta, hanya berubah bentuk. 

Agaknya, tenaga marah yang hinggap dan bersemadi di dalam diri anak-anak itu menjadi tenaga apa agaknya? Adakah kebetulan sahaja dunia sekarang ini terlalu banyak tenaga marah dilepaskan? Sebagai contoh, di jalan raya, di sekolah, di pasar raya, di pejabat, malah di mana-mana tenaga marah bertambah banyak dimanifestasikan melalui kelakuan orang-orang dewasa. Kutuk mengutuk, buli-membuli termasuk yang di media sosial. 
Adakah semua itu terjadi secara kebetulan? Atau tenaga marah yang tidak disembuhkan.
Kalau dunia sekarang ini sudah kurang selamat berbanding dengan dunia zaman ibu bapa kita, agaknya jika kita terus-menerus hidup dengan tidak bijak membetulkan kesilapan dan mendidik anak-anak kecil hari ini, bila mereka menjadi orang dewasa?

Adakah mereka ini akan menjadi seorang yang sabar dan berakhlak mulia atau seorang yang lebih besar marahnya, ibarat bebola salji yang meluncur dari atas gunung menjadi bertambah besar.Tidakkah itu pelajaran dari alam yang perlu kita ambil iktibar.
Besarkan anak-anak kita dengan kasih sayang dan belas ihsan. Mereka akan membesar dengan jiwa yang penuh kasih mesra dan minda yang berkemampuan. 

Bebaskan jiwa mereka dengan mengajar tentang kemurnian kasih sayang. Peraturan dan hukuman adalah untuk menghindarkan diri mereka daripada perbuatan yang tercela.


(Nota: Alhamdulillah....semoga perkongsian ini memberikan manafaat yang banyak untuk semua ibu2 di luar sana....yang saya cukup yakin juga seperti saya... yang hari demi hari berusaha dengan sehabis daya untuk menjadi ibu yang sempurna.... Semoga Allah sentiasa membantu kita dan mempermudahkan setiap perancanaan kita semua :-)....)

Salam sayang....
Mama Murni