Sunday, March 2, 2014

Happy Birthday 2 Years For My Lil' Angel...Indah Nisrina

 25 Januari 2014 yang lalu genap 2tahun usia Indah...puteri mama yang diciptakan tersangat indah olehNYA....sambutan kali ini sengaja dilambatkan kerana mama mmg bercadang untuk meraikannya bersama maktok....abahtok dan semua pak2/mak2 sedara yang lain...maklumla sambutan kali ni dapat diserti oleh mereka semua memandangkan semua kembali ke kampung untuk urusan kenduri Poqdeq....Yang pasti ianya sangat meriah...dan Indah dapat banyak hadiah....(mama pulak yang xcited hihihi).
(Gaya manja Indah yang sangat memikat hati mama.....)

Dalam banyak-banyak hadiah yang Indah dapat, hadiah dari maktok dan abahtok yang paling ditunggu2... in fact mmg Indah sebut kat maktok untuk dibelikan basikal hihihui so inilah rupanya basikal tersebut.....dah pandai kayuh rupanya anak mama nih...baru semalam terasa tapak kakimu sebesar 2 jari mama...ohhhh Tuhan, pantasnya waktuMU berlalu....
(Ini semua hadiah yang diberikan oleh pak2/mak2 saudara.....TQ semua....Muaaahhhhh)
Anak saudara mama si Arissa Nur Shafiyya pun dah semakin montel...bulat betul matanya...Indah ternyata sangat sukakan kanak2/baby....Arissa akan panggil mama sebagai 'mama chik'....seronok ada anak buah! Indah pun tahu, asal ada yg mama beli untuk dia laju jer dia tanya utk 'Insha' sama....

Doa Mama untuk Indah Nisrina...semoga anakanda dikurniakan akal yang cergas, tajam fikiran dan sihat tubuh badan...semoga juga puteri mama yang seorang ini akan menjadi anak yang solehah dan yang berjaya di dunia hingga ke akhirat...ameen...

muahhhhhhh ketat2!!



No comments:

Post a Comment