Saturday, April 26, 2014

11 Perkara Elak Anak Degil

Image result for naughty kid pictures


Sumber: Keluarga, © Utusan Melayu (M) Bhd
 
Pertama kita perlu tahu apakah yang dinamakan DEGIL??. Degil ialah bila seseorang itu tidak mahu melakukan apa yang kita minta dia lakukan atau membuat apa yang kita tidak mahu dia lakukan.


Kenapakah ini berlaku? Ini adalah kerana kedua-dua pihak mempunyai gambaran yang berlainan mengenai perkara yang menjadi isu. Sehinggalah gambaran di minda itu boleh menjadi sama atau hampir sama, maka degil boleh berlaku lagi.

Persoalannya, bagaimana hendak menyamakan gambar di minda itu? Jawapannya ialah MEMPENGARUHI. Bagaimana pula hendak mempengaruhi? Jawapannya, membina perhubungan rapat atau rapport. Apabila ada perhubungan rapat, apa pun mudah diterima.

Dalam NLP kata-kata ini sering dinyatakan; "Resistance is an indication of a lack of rapport" (Tak mendengar kata, degil, adalah petunjuk bahawa kurangnya hubungan rapat.) Bila anda sudah faham ini, maka anda boleh memikirkan apakah yang menjadikan hubungan rapat 'rapport' dengan anak anda terjejas? 

Ibu beri kesan kepada 11 perkara besar dalam pembentukan peribadi anak2. Antara yang disenaraikan adalah seperti:-


Image result for naughty kid pictures1-Hati anak selalu dilukai sehingga dia tidak merasakan kasih anda. Bila anak dapat adik, perasaannya dibiarkan. Bila marah, tiada penjelasan yang memuaskan. Anak akan degil bila hatinya menjadi 'Closed Heart'. ini banyak berlaku kepada remaja.


2-Bergaduh suami isteri di hadapan anak, sehinggakan anak tidak nampak contoh teladan yang baik dari anda.


3-Mungkir janji dan tidak benar-benar meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan janji.

4-Menyuruh dan mengarah tetapi sendiri tidak melakukan. Marah anak bercakap kasar, tetapi sendiri bercakap kasar dengan anak.
 5-Tidak mendengar apakah pendapat anak itu. Walaupun anda tidak setuju, dengarlah dahulu.

6-Terlampau mengikut kehendak anak, sehinggakan anak menjadi tuan. Janganlah menjadi ibu bapa yang lemah dan membiakan sahaja anak-anak memanjat kepala, tetapi tidak perlu juga untuk garang dan keras. Pegang teraju kepimpinan anda. Jadilah pengasih dan tegas.

Image result for naughty kid pictures 7-Tidak mempunyai ilmu dan skil berkomunikasi berkesan yang menyebabkan payah untuk menjual idea kepada anak lalu anak tidak mengikut kata. Apabila tiada skil dan ilmu, maka ibu bapa menggunakan arah dan perintah. Ini menjadikan anak menjadi bertambah degil. Sedarilah ibu bapa kepimpinan di dalam korporat pun sudah berubah. Bos-bos yang asyik memerintah dan mengarah dibenci oleh anak buah. Corak kepimpinan sudah berubah.
8-Selalu mengatakan kepada anak dia degil dan selalu sangat bersangka bahawa dia degil. Ini menjadi doa. Jagalah mulut dan lidah. Jangan mudah mengeluarkan kata-kata kesat yang menjadi doa yang terlafaz.


9-Anak tidak dididik untuk menghormati ibu bapa. Atau cara menyuruh anak menghormati ibu bapa adalah dengan kasar dan bukan dengan penuh kesabaran dan kasih-sayang. Maka anak tidak menghormati ibu bapa. Sebab hormat adalah sesuatu yang diberi bukan boleh dipaksa.


10-Anak tidak dididik dengan agama. Bila tiada agama, tiadalah tiang untuk berpaut. Nilai murni pun akan mengikut apa yang sempat sahaja. 


11-Elakkan menggunakan bahasa yang anak tidak faham. Gunalah bahasa yang mudah mereka fahami. Bila berkomunikasi dengan anak, janganlah hendak menunjuk anda hebat. Tunjukan bahawa bila dia melakukan saranan baik anda kehebatannya akan lebih meningkat. 

Ingatlah kuncinya, ialah hubungan rapat. Apabila anda membina hubungan anda dengan anak, tiada lagi perkataan degil dalam kamus anda mengenai anak anda.

Sedarilah kepentingan membina perhubungan kebal dengan anak-anak agar kesejahteraan keluarga terkawal. Bila keluarga sejahtera, rezeki membuak-buak datangnya. In Sha Allah
========================================================

Di sini  mama listkan beberapa doa yang boleh diamalkan untuk menangani kerenah anak2 yang tersangat degil. Antara ayat yang boleh dijadikan amalan ialah ayat dari Surah As-Syura:19 seperti di bawah...
 
Image result for islamic kid pictures
  Maksudnya...."Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNYA dan DIA lah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa..."

*Baca sebanyak 19 kali pada air dan bagi minum kapada yang berkenaan. Baca 19 kali pada ubun2 (anak2 yang degil atau pada sesiapa yang dihajati). Jika orang itu jauh, baca 19 kali selepas solat dan diniatkan kepadanya.

Selain itu potongan ayat dari  Surah Ali Imran ayat 200 juga boleh diamalkan. Ayat berbunyi sepeti di sebelah dan bermaksud "...Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kemu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)..."

*Ayat terakhir daripada surah Ali Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/ menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.

Image result for islamic kids pictures

Surah Al-Isra': 82 di sebelah juga digalakkan untuk diamalkan sebagai usaha untuk menjadikan anak lebih berlembut hati dan mendengar kata. Ayat tersebut bermaksud

  "...Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNYA: dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim )disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua..."

In Sha Allah, Allah manjanjikan kejayaan dan balasan yang setimpal pada ibubapa yang tidak jemu2 berusaha...Bersama-samalah kita istiqamah dalam mendidik amanah yang telah dikurniakan kepada kita semua dengan sebaik mungkin. Selebihnya, berserahlah kepada ALLAH...Hanya DIA tempat untuk kita bergantung harap...

Ya Latif...
Ya Aziz, 
Ya Jabbar, 
Ya Mutaqabbir.... 


Kisah Sepasang Kasut & Besarnya Kuasa Ucapan TERIMA KASIH


 25 April 2014, 5.00pm -----> Mama kira hari-hari kita semenjak beberapa 4 hari ini sangat sunyi dan kosong... Indah berada di Bertam, 'bercuti' bersama tok di rumah baru Pak Ngah yang mewah :-)...so, yang tinggal hanya mama, along dan angah...Sudahnya mama cuba untuk menghilangkan kebosanan tersebut dengan membawa kalian ke shopping complex... Asalnya mama plan nak tengok movie tambah pulak skrg ni banyak cerita baru salah satunya cerita Captain America...tapi cerita tu hanya akan start showing jam 9.30mlm...ohhhh lamanya terpaksa menunggu, sekarang belum pun jam 5.30ptg...sudahnya mama ajak along dan angah pusing2 kat dalam...mana tahu kot2 terjumpa dan terbeli mana2 yang berkenan hihihih......

Kanak-kanak manapun kalau melalui bahagian toys akan excited!! Along dan angah apatah lagi...semua barang permainan hendak dibeli...mcm la mama ni berduit sangat kihkihkih....tp xper, mama biarkan depa dua pusing2 dan tengok2 semua permainan yang ada untuk kepuasan...ada juga permainan yang dicuba...bila berdua tu maklum saja la...shopping complex pun dh jd mcm kat umah...oh no!!!! Tapi mama biarkan...sebab mama suka melihat wajah keterujaan kalian...hahahhaha tp angah merungut juga, semua yg dia nak mama xmo beli...ada juga dia sebut nanti2 dia nak dtg dgn papa... mesti papa akan belikan tk dia....katanya la :-)

Pada mama keterujaan Angah melebihi keterujaan Along...mungkin faktor usia dan faktor fizikal...Yer la dengan usia along dan susuk badannya yang agak besar, dia mungkin segan untuk menapak masuk dan mencuba pelbagai permainann yang disediakan di kids corner tu...tidak bagi si angah...semuanya dicuba... sebanyak mana ada permainan di situ, sebanyak tu la juga mulutnya bertanya itu...ini...naik penat juga mama melayan setiap biji butir bicara dia tu... talkative sungguh!! 

Dalam kami berpusing2 menjamu mata dan mencari- cari apa yang kami berkenan....mama terlintas untuk membelikan track bottom utk along...teringat dia duk komplen pasai seluar panjangnya xda... "Iskhhhh rsnya mcm berlambak sampai xhabis pakai :-P hihihihi" mama dptkan 2 helai dan seterusnya berpusing2 lagi mencari apa benda pulak untuk angah...Lantas mama teringat tentang kasut!! Angah nih kasutnya kerap putus, yg hilang pun ada...kadang beli xsampai 3 bulan dh putus..pelik gak mama sebab along pakai berbulan2 xda pun putus or rosak or hilang....Lama mama habiskan masa di tempat kasut-kasut tu...dia nih bole tahan gak fussy, xkena gaya klu beli yang dia xsuka idok dipakainya :-)... Mama barikan sampai 6 pasang kasut dan minta angah pilih mana yang paling dia suka...Akhirnya inilah yang dipilih...! Not bad then hihihi Masing2 heppy coz dapat apa yang dikehendaki...Untuk indah, mama belikan denim skirt n cotton dress (sale gila2...selai Rm15 jew...) Dan, walaupun tiada apa2 utk mama tp kebahagian dan kegembiraan kalian lebih dari segala-galanya :-)



Image result for thanks you picturesBerbalik cerita pasal kasut.... sesampai di rumah ketika hampir jam 7.30mlm.... dengan kalut2 untuk solat maghrib, angah datang dan memeluk paha mama (mama on da way nak ke bathroom utk ambil wudhuk...) "Terima kasih mama....belikan angah kasut tu...cantik! angah suka!!" Mama pandang dan pegang wajah comel angah dan ucap "...sama-sama..kalau angah buat perangai elok, apa pun mama akan beli :-)" ayat bodek mama agar angah berperangai elok utk selama-lamanya...hihihi, In Sha Allah...
"Eh Along, u dah cakap ke terima kasih kat mama? i dah cakap.." sapanya pada along yang ralit mengadap TV..."Terima kasih mama..." dan dari jauh mama dengar ucapan dari along  :-) hihihi jangan xtahu...depa dua nih sometime ber i - u jer kalau bercakap... moden la sgt!! hahahhaah Sungguh....anak mama yang sorang nih sangat2 sweet dan sangat2 pandai mengambil hati....plus, mulutnya sangat manis dan suka dimanja....

Moral of the story yang mama nak kongsikan di sini adalah betapa ucapan terima kasih itu boleh memberi impak seolah2 mama menerima berbakul2 emas dan permata bahkan juga berjuta2 RM dari anak2...harga kasut angah hanya RM23.90, tetapi ucapan TERIMA KASIH itu seperti kata2 penghargaan yang sangat tinggi nilainya...dan sampai sekarang berbekas di hati mama...Mama harap usia mama dipanjangkan agar mama bisa melihat kejayaan kalian pada masa hadapan...Mama yakin, kalian akan berjaya kerana itulah doa yang xputus2 mama minta dariNYA...

Oooohhhh...pasal janji nak tengok movie tu? ya...kita kan ke sana lagi pada 1 Mei utk opening The Amazing Spiderman 2...see ya..... :-) Tak sabar pulak rasanya...


Sunday, April 6, 2014

Perpisahan Sementara Yang Menyesakkan Jiwa :-(

(SURAT UNTUK PAPA -
Coretan dari jiwa seorang isteri untuk seorang suami yang beraja dihati....) 


Image result for lovely picturesAwal tahun yg lalu usai permohonan pertukaran mama diluluskan oleh kementerian dan mama memulakan kerja di sini...papa juga seperti diberi 'bayangan' akan bertukar dan bertugas di cawangan dalam daerah ini juga...Mama mula memasang angan yang indah untuk kita sekeluarga menjalani kehidupan dalam sebuah keluarga dalam erti kata yang sebenarya....Dan, tiga bulan telah berlalu (cepatnya!!)...harapan mama seakan pudar, namun sekalung doa tidak putus mama titipkan setiap kali selesai solat....

Mama kira ini adalah dugaan yang didatangkan Allah SWT untuk mama dan papa apabila perencanaan kami tidak seperti ketentuanNYA. Apalah sangat dugaan sebegini berbanding dugaan lain yang dialami oleh hambaNYA yang lebih berat...seperti kehilangan insan tersayang melalui Tragedi MH370. Mama mendoakan agar semuanya selamat walau ketika coretan ini ditulis, kehilangan tersebut telah menjangkau hari ke-30!!


Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (al-Kahfi:7)

Image result for lovely picturesJelaslah bahawa manusia diuji dalam pelbagai bentuk ujian dan cubaan juga musibah. Semua itu adalah ujian Allah SWT untuk melihat manusia mana yang paling baik perbuatannya, iaitu keimanannya. Lantaran itu, kalangan mereka yang diuji dan diduga mestilah sabar, reda dan pasrah menerimanya setelah berusaha mengatasinya.

Dan, papa masih belum dapat bertukar lantas mama meneruskan kahidupan tanpa suami untuk 24h5d seminggu...Ya, sukar pada hakikatnya... namun anak3 adalah penguat semangat mama.... 'kesusahan' ini juga turut dirasai oleh papa...sayu hati mama mendengar luahan papa, betapa papa melalui kehidupan seharian yg sunyi, kehidupan papa hanya kerja dan pulang ke rumah hanya untuk melelapkan mata setelah seharian bekerja...Papa juga dipagut perasaan sepi yang panjang (juga 24h5d....) hilang semua hilai canda kita...tiada gurauan, tiada rajukan, tiada gaduhan... segalanya kosong.... Bahkan ada ketikanya urusan peribadi papa pun tidak dapat papa lakukan dengan sempurna.... lantaran ketiadaan kita semua....Mama dengan keyakinan yang tinggi menaruh rasa percaya di sebalik ujian dan dugaan dari Allah SWT ini pasti tersembunyi hikmah yang besar jika kita terima dengan ikhlas, redha dan sabar. makanya mama akan terus bersabar sehingga pada suatu saat nanti DIA mendatangkan kita dengan ilham dan jalan penyelesaian yang terbaik!! In Sha Allah....Dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNYA, segalanya mudah bagi DIA....semudah melafaz ayat "...kun fayakun..."

Image result for lovely picturesNabi SAW bersabda,  "Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah SWT apabila menyenangi sesuatu kaum, Allah menguji mereka. Barang siapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barang siapa marah maka baginya murka Allah".. (riwayat al Tirmizi)

Oleh itu, setiap ujian, cubaan serta musibah yang didatangkan kepada kita adalah semata-mata bertujuan untuk menguji tahap keimanan kita. Malah, secara tidak langsung ianya dapat mendekatkan kita kepada Sang Pencipta.... Secara tidak langsung membuatkan mama tersedar dari kehidupan  serba sempurna yang dianugerahkanNYA kepada kita... Mama syukur kerana mama 'dipukul' awal dan diberikan kesedaran lantas terbuka hati untuk ingin kembali menjadi hambaNYA yang sedar akan segala kekurangan yang sebelum ini tidak mama sedari (bahkan juga, berpura-pura untuk tidak menyedari....)  

Dugaan ini membuatkan mama sering terjaga dipertiga malam untuk menadah tangan dan mengadu dalam tangisan kepadaNYA dengan perasaan yang sangat rendah hati... Mama berdoa dan mengulangi doa yang sama setiap malam agar dipermudahkan segala perencanaan kami, diperluaskan pintu rezeki untuk kami, dirahmati kehidupan kami, dikurniakan anak3 yang soleh dan solehah...mama pinta apa sahaja...kerana mama tahu DIA Maha Mendengar....DIA akan mendengar pada setiap permintaan hambaNYA tanpa gagal....dan DIA juga akan memakbulkan doa hambaNYA yang terpilih....Mama yakin doa mama juga akan dimakbulkan suatu ketikanya nanti... Sehingga itu mama akan terus bersabar dan berdoa....tanpa letih, tanpa jemu!!


Image result for kata kata cinta islamNabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa dikehendaki Allah kebaikan baginya, maka dia diuji (dicuba dengan sesuatu musibah)". (riwayat Bukhari)

Untuk suamiku, pastinya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk kita... mintalah kepada DIA apa sahaja...nescaya DIA takkan sesekali menghampakan kita...  Mungkin kita pernah terlupa dan alpa seketika sehingga diarahkan olehNYA Malaikat Jibrail untuk datang menyedarkan kita...Subhanallah, beruntungnya kita kerana ALLAh masih lagi kasih dan sayang kepada kita...Papa jangan terlalu bimbang dan resah, DIA akan ada sentiasa untuk membantu kita...yang penting kita minta dariNYA untuk ditolong...untuk dibantu...Mama faham apa yang ada dalam hati papa, mama juga rasa apa yang papa rasa....kita akan bersama-sama bergandingan bahu untuk mencari 'jalan keluar' dari pergolakkan ini....Ujian ini bisa kita atasi, In Sha Allah...Yang penting, jangan lupa utk bermohon pada NYA...DIA xpernah jauh daripada kita...bahkan kita yang selalu jauh daripada DIA :-( Ampunkan kami Ya Allah....ampunkan kami.....Tariklah kembali kami ke jalanMU, ke jalan yang KAU redhai...jalan menuju ke syurgaMU....Ameen.

"Abang...ayang ibarat mentari yang takkan pernah lelah untuk terus menyinari dan berada disamping abg.... kerana Allah telah mentakdirkan ayang sebegitu semenjak di Luh Mahfuz lagi... Ayg akan sentiasa bersama abg dalam apa jua keadaan, baik susah mahupun senang... Kita akan saling melengkapi dan menyempurnakan antara satu dengan yang lain.... Sampai ke syurga! Cinta, kasih dan sayang ayg hanya untuk abg...Ya, sampai ke syurga..!"  (In Sha Allah, semoga diperkenankan oleh Yang Esa...)

Lewat suatu petang nan lalu, kita pernah berbicara... andainya salah seorang antara kita 'pergi' dahulu, tegakah kita mengalihkan rasa cinta ini kepada insan yang lain... hahaha ayg gelak usai menjawab "of course la...xkan nak tido sorang2..!" huuurrrmmmmm it's was deadly lying...Itu semua bohong abg...!! Kerana hakikatnya rasa cinta yg Tuhan hadirkan dalam diri ayg ini hanya untuk abg...16 tahun lalu...somewhere in year 1998 or maybe 1999 (sorry dear, i cannot remember exactly the date! it's happen because of u la...coz u always said everyday is a special day for us hihihihi...) when the 1st time i'm saying that i can't live without u....i am meant it...until now...So ujian yg sedang mendatangi kita skrg ni showing me the true color of u...I'm proud saying that it make me more and more falling in love with u...again and again!! (fuhhhh dah lama xjiwang karat!! berpeluh jap hihihihi...)


Image result for kata kata cinta islamAbang, Allah sayangkan kita...dan Allah ingin kita sentiasa dekat denganNYA...
Kita akan bersama-sama berjalan menuju redhaNYA...menuju RahmahNYA...
Kita akan tinggalkan yang terbaik untuk legasi keturunan kita... 
In Sha Allah...

Bahu ayg sentiasa ada utk abg melepas resah...
Telinga ayg selalu ada untuk mendengar abg meluah rasa gundah...
Jemari ayg selamanya ada untuk mengelap air mata abg yang mengalir....
Semangat ayg takkan padam untuk terus menyalakan semangat abg....
Ayang akan sentiasa ada untuk abg...
I'll stand by your side till the end of my breath...
Hingga ke hujung nafas..... :-)

Cinta ke hujung nyawa,
Mama Murni @ Ayang
---------------------------- 
(asal sebut jer mesti dpt call, hihihihi...mcm tahu2 jer!! ada chemistry la tu! opsss td xterbalas ungkapan dr mu...and now, I love u too....muahhhh)