Wednesday, November 4, 2015

Cintailah Perempuan Yang Membaca....(Dan, Akulah Perempuan itu...)

Hahahahaha Poyo tahap gaban tajuk entry kali ni... By the way, hari ni aku stressssss sgt!! Semua benda aku nampak siyamang. Siyamang tu spesis beruk kot...Ntah la, aku pun xtahu!! (nmpk level stress aku...tahap hijau tu...) So, in order to reduce my stress level, aku start googling everywhere.....Yo! this is what i found!! CINTAILAH PEREMPUAN YANG MEMBACA Interesting topic, isn't it?? Waaahhhhh suke1000x. Tetiba terasa akulah perempuan itu....I love reading...i do loving a writing... Novel? Bila novel kau nak siap Murni?????? ahaks.. Lets check it out girls...

Cintailah perempuan yang membaca. Perempuan yang berhabis duit untuk buku dan bukan baju. Dia punya masalah dengan ruang lemari baju, kerana dia punya terlalu banyak buku. Cintailah perempuan yang punya senarai buku untuk dibaca (to-read-book), perempuan yang punya kad perpustakaan sejak dia berusia dua belas tahun!!! Oh! my gosh.... somehow i wonder...ada lagi ke perempuan mcm tu??, ehem..ehem...

Carilah perempuan yang membaca. Dialah perempuan yang sentiasa menyimpan buku yang belum dibaca (bahkan juga yang belum habis dibaca) di dalam tas tangannya. Dialah yang meninjau-ninjau di dalam kedai buku dengan penuh rasa kasih sayang. Yang menyusuri setiap baris rak buku sambil membelek-belek sinopsis dan juga prolog sesebuah novel tanpa jemu...Yang menjerit kecil apabila berjaya menemui buku yang dicari. Jika kau terlihat seorang gadis aneh yang mencium bau halaman buku lama di kedai buku terpakai itu dengan penuh rasa syahdu....Itulah dia perempuan yang membaca dengan seluruh jiwanya. Dia tidak akan dapat menahan nafsu untuk menghidu halaman buku lama, terutamanya yang sudah mulai menguning!!. Huurrmmmm....

Dialah perempuan yang membaca sambil menunggu di sebuah kedai kopi di penghujung jalan sana. Jika kau masih melihat cawan kopinya, yang mana krimer bukan tenusu masih lagi terapung di atas....tetapi, dia sudah pun dilamun keasyikan. Hilang tenggelam dalam dunia yang dicipta oleh si penulis. Duduklah di sebelahnya....Dia mungkin akan menjeling, kerana perempuan yang membaca tidak suka diganggu ketika beliau sedang membaca. Tanyakan padanya jika dia suka buku yang sedang dibacanya itu. Belikan dia secawan kopi lagi untuknya, memandangkan kopi yang dipesannya mulai sejuk dan pastinya tidak asyik untuk dihirup lagi.... Nice try!..

Katakan pada dia “apa yang kau fikir tentang Murakami”. Lihat sama ada dia sudah melepasi bab pertama Fellowship tersebut atau tidak... Fahami bahawa jika dia katakan yang dia faham Ulyssesnya si James Joyce, itu hanyalah kerana dia mahu kelihatan bijak. Tanyakan juga kalau-kalau dia sukakan Alice, atau jika dia mahu menjadi Alice?? hihihihi

Alangkah senang bercinta dengan perempuan yang membaca.. Hadiahkan dia buku (apa genre sekalipun ok, but highly recommanded utk kamu hadiahi dia dengan koleksi novel bergenre romantic or some epic love story) pada setiap hari lahirnya, or maybe pada setiap ulangtahun  perkenalan, atau lebih manis lagi pada setiap ulangtahun perkahwinan... Hadiahkan kepadanya berupa kata-kata, baik dalam puisi mahupun dalam lagu. Berikan dia Neruda, Pound, Sexton, Cummings. Biar dia mengerti bahawa kau memahami yang kata-kata itu adalah cinta. Ya, kata-kata itu adalah pengukapan sebuah CINTA... Oh! How romantic....


Fahamilah yang dia sememangnya tahu akan beza antara dunia buku dan dunia realiti, walaupun dia tetap bersungguh-sungguh juga mahu menjadikan hidupnya seperti seakan-akan watak buku yang paling dia suka. Bukan salah kau, kalaupun dia mencuba begitu!!. Itulah perempuan itu...yang suka sangat membaca..dan menjiwai watak utama itu dengan baik sekali...ahaks...!

Apa cara pun, dia mesti akan tetap dan perlu mencuba juga. Berbohonglah padanya. Jika dia memahami sintaks, dia akan faham keperluan kau untuk berbohong. Di balik kata-kata ada perkara-perkara lain: motivasi, nilai, nuansa, dialog. Tidak akan kiamat lagi dunia, kalau kau didapati bersalah untuk membohongi padanya.

Kecewakan dia dengan kegagalan. Kerana perempuan yang membaca tahu bahawa kegagalan selalunya membawa kepada klimaks jalan cerita. Kerana perempuan yang membaca faham bahawa tidak semua perkara berakhir begitu sahaja. Masih boleh ditulis sekuelnya. Masih boleh mula semula, lagi dan lagi, dan masih boleh lagi menjadi seorang hero/heroin. Dia pasti akan faham (melalui pembacaan) bahawa dalam hidup, mesti ada satu atau dua watak jahat. Kenapa takutkan segala yang bukan kau? Perempuan yang membaca memahami bahawa manusia, sama juga seperti watak dalam buku, berkembang. Kecuali dalam siri Twilight....hahhahaha 100% benar!

Kalau kau akhirnya bertemu perempuan yang suka membaca...jangan dibiarkan dia pergi jauh. Bila kau ketemu dia di tengah malam, jam dua pagi sedang memeluk buku ke dadanya dan sedang menangis teresak-esak, buatkanlah dia secawan teh or coffee or maybe hot chocolate or apa jua minuman yang menjadi kesukaannya dan peluk dia rapat-rapat. Kau mungkin kehilangan dia untuk seketika (kerana dia masih larut dan tenggelam ke aras yang paling dalam, mana tahu endingnya si hero mati or heroin dipaksa berkahwin dengan bukan si cintahati atau maybe juga dugaan dan halangan yang yang perlu diharungi dengan kuat) tetapi dia tetap akan kembali pada kau. Dia akan berbicara seolah watak di dalam buku itu hidup, kerana untuk suatu ketika, watak-watak itu akan benar-benar hidup di dalam dirinya

Kau akan melamarnya di atas belon udara panas, oh maybe di Cappadocia... Atau mungkin ketika konsert rock artis pujaan hatinya....Atau secara bersahaja bila dia jatuh sakit akibat terjatuh dari basikal di tepi bentang padi yang sedang masak menguning... Atau melalui Skype, atau teknologi terkini menggunakan aplikasi whatsapps!! Kau akan tersenyum sampai telinga dan tertanya-tanya kenapa jantung kau masih belum meletup keluar dari rongga dada. Pheeewwww...

Kau akan menulis kisah hidup kau berdua, punya anak-anak dengan nama pelik-pelik dan selera yang bukan-bukan. Dia akan perkenalkan anak kau kepada Cat in the Hat dan Aslan, barangkali pada hari yang sama. Kau akan berjalan di musim salji bersamanya bila sudah berusia nanti, dan dia akan bacakan Keats dengan nada lembut sambil kau ketis salji dari kasutmu...ketika itu mungkin kamu berdua sedang mengulangi moment bulan madu di New Zealand pada musim salji untuk kali yang ke seribu kali di dalam hidup...oh! so lovely...

Cintailah perempuan yang membaca kerana kau berhak. Kau berhak untuk dapat seorang perempuan yang boleh memberi kau kehidupan penuh warna. Kalau kau hanya bersedih, membosankan dan tidak serius, adalah lebih baik kau bersendirian. Kalau kau mahukan dunia, dan dunia-dunia di sebaliknya, cintailah perempuan yang membaca.

Atau lebih baik, cintailah perempuan yang menulis…oh!
(Oleh: Rosemarie Urquico. Terjemahan: Izmil Amri.  Olahan bahasa novel in italic: Murni)

Bacaan ringan yg menghilangkan rs stress hari ini... Bestkan?? 
Ok, happy sharing.
muahhhhmuahhhh
Bye...


Thursday, October 8, 2015

Manisnya Cinta Di Oktober

Subhanallah33x
Alhamdulillah33x
Allahuakhbar33x
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan pemilik seluruh alam semesta.
================
Sabar itu tuaian sebuah kemanisan 
:-)
================
Manisnya Cinta Di Cappadocia Oktober....Membuka tirai dengan berita gembira...papa dah dapat kerja baru. Setinggi-tinggi syukur padamu Allah, akhirnya selepas 1y1m++, KAU mula meleraikan semua kekusutan....KAU mula menyuluh kembali jalan kami yang suram dengan pancaran sinar mentariMU sehingga ianya mula menampakkan jalan keluar....Pancaran sinaran sang mentari itu sangat indah...Hamba pasti, ianya nanti akan mendikit cerah dan cerah dan semakin cerah sehingga semuanya nanti akan seperti sediakala. hamba akan terus berdoa untuk itu Allah....

Papa.....Tak apa, kalau papa kena mulai dari A kembali, yang penting ada rezeki utk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Tak apa, kalau gaji papa tak sebesar dulu, yang penting pandangan makhluk yang bernama manusia kepada kita sedikit berubah. Tak apa, kalau kerjanya nanti banyak rencam, yang penting amanah itu papa laksanakan dengan sebaik mungkin. Terima kasih Allah, kerana mendengar doa-doa kami...mendengar doa-doa ibubapa kami....mendengar doa-doa sahabat kami yang juga tidak putus-putus turut mendoakan kami....Doa kami agar KAU kurniakan ganjaran yang terbaik buat mereka semua. Panjangkan rasa gembira ini kepada mereka juga ya Allah..... 

Pernah mama terbaca dalam sebuh buku, sebelum seekor rama-rama yang cantik terhasil ianya melalui putaran kehidupan yang sangat sukar. Proses Metamorfosis seekor rama2 sangat unik, daripada sebiji telur yang kecil, lahirlah seekor ulat bulu. Kemudian ulat bulu itu mencari tempat untuk bergayut. Dari situ sudah bermulanya kejadian hidup rama-rama. Ulat bulu tersebut akan menjadi seekor kepompong atau PUPA. Kepak dan kakinya akan terbentuk. Akhirnya, jadilah seekor rama-rama yang cantik....Lihatlah, betapa sukarnya kehidupang sang rama-rama ini. Zahirnya, jika seekor binatang mampu melalui kitaran kehidupan tersebut dengan jayanya, kita sebagai manusia apatah lagi....Kita lebih kuat...dikurniakan kelebihan akal fikiran...sudah pasti kita boleh mengatsi apa jua kesukaran yang mendatang dengan sangat baik. Mama suka spirit yang ada dlm kehidupan rama-rama ini. They really inspired me, so sooo much!.


(Petikan Buku: Sepatu Dahlan Iskan)

Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI, dari mana kita belajar akan erti IKHLAS...
Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD, dari mana kita belajar akan erti SABAR...
Jika setiap do'a kita terus DIKABULKAN, bagaimana kita dapat belajar erti IKHTIAR...
Seorang yang dekat dengan TUHAN, bukan beerti tiada air mata...
Seorang yang TAAT pada TUHAN, bukan beerti tidak ada KEKURANGAN..
Seorang yang TEKUN berdo'a, bukan beerti tidak ada masa-masa SULIT..
Biarlah TUHAN yang berdaulat sepenuhnya atas hidup kita kerana TUHAN tahu yang masa tepat untuk memberikan yang TERBAIK...
Ketika kerjamu tidak dihargai, maka saat itu kamu sedang belajar tentang erti KETULUSAN...
Ketika usahamu dinilai tidak penting, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEIKHLASAN...
Ketika hatimu terluka sangat dalam...maka saat itu kamu sedang belajar tentang MEMAAFKAN...
Ketika kamu lelah dan kecewa, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KESUNGGUHAN...
ketika kamu merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETANGGUHAN...
ketika kamu harus membayar biaya yang sebenarnya tidak perlu kamu tanggung, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEMURAHHATIAN...

Tetap semangat.....
Tetap sabar...
Tetap tersenyum....
Kerana kamu sedang menimba ilmu di universiti KEHIDUPAN

TUHAN meletakkanmu ditempatmu sekarang, bukan kerana KEBETULAN....
Orang yang HEBAT tidak terhasil melalui kemudahan, kesenangan dan kenyamanan...
MEREKA dibentuk dari KESUKARAN, TENTANGAN dan AIR MATA....


 i always choose to be somebody that full of happiness...
so that i can spread all the happiness to others people...
give them the +ve energy to cheer up their life also... 

Tuesday, August 18, 2015

== Monolog Seorang Hamba ==


Bismillah....
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih) Tinta 15 Ramadhan 2015
================================================================

Jiwa hamba bergelodak....berperang dengan pelbagai perasaan...Terasa seperti puing- puing kesedihan bertebaran di segenap alam.....Ibarat hari-hari yang dilalui tanpa sinar mentari... kelam... suram dan tiada sinar. Sangat-sangat menyedihkan dan tidak mempunyai jiwa. Banyak persoalan yang tidak berjawab... Oh! Tuhan, kenapa ada juga dikalangan hambaMU yang bersikap kejam terhadap hambaMU yang lain??. Wahai makhluk, cubalah memahami, jangan ditambah kekusutan... Cubalah untuk meletakkan diri sendiri ke dalam keadaan yang dialami oleh insan lain... Jangan ditambah bebannya....Jangan ditambah sedihnya....Tolonglah!!



"Airmata ini masih belum mahu berhenti... biarkan ia Murni! biarkan ia mengalir.... biarkan telaga airmatamu itu kekeringan agar ianya bisa menghapus semua kesedihan, kegusaran.... biarkan, agar ia memadamkan semua kisah sedihmu, Murni.."

 Hidup menjadi semakin sukar dan terus sukar.... Everythings come worst and even worst day by day....Lantas, apalagi yang perlu aku lakukan?? Apalagi yang perlu aku lakukan untuk turn it back into a normal circle?? Tunjukkan aku jalan...Show me the right way, please....Oh! Allah....please help me....


"Maha Suci Allah, dugaan ini menjadikan hamba semakin lemah....semakin tidak tertanggung oleh hamba ya Allah... Memang hamba memegang kata-kataMU, {...tiada KAU datangkan musibah kepada hambaMU melainkan yang bersesuaian dengan kemampuan hambaMU itu...} Wahai Allah, hamba ini semakin nipis kemampuannya.... Lantaran hari demi hari hamba menjadi insan yang banyak mengumpul dosa. Lantas bagaimana harus hamba terus bertahan. Dengarkan doa-doa hamba, ya Allah...kabulkan permintaan hambaMU ini....."


Memasuki bulan ke-8, redha mula bertapak di dasar hati. Still, every weeks keep calling JPA asking about transfer....again n again......but the answer still same, "takder kosong puan...puan sabar ya....ramai lagi yang menunggu....." . Selalu hamba tepuk bahu sendiri bagitahu pada diri hamba ini....Allah bakal kurniakan 'sesuatu' yang jauh lebih baik.... u just wait and put a bit more sabar ok dear coz DIA takkan sesekali tercepat mengurniakan apa yang hamba mahu.... malah, DIA juga takkan sesekali terlambat memakbulkan apa yang hamba pinta tetapi DIA akan memberikan apa yg hamba inginkan pada masa yang sangat tepat....

Justeru, hamba decided to bersabar dan tunggu dengan dada yang lapang. Tapi hamba ini manusia biasa, tidak terlepas dari rasa marah...rasa kecewa...rasa cemburu.... kenapa kehidupan hamba sebegini sukar?? Hamba ingin semua ini cepat-cepat berakhir ya Allah...semakin lama hamba menjadi semakin zalim....Hamba menjadi zalim pada diri hamba sendiri....hamba menjadi zalim pada pasangan hamba....hamba menjadi zalim pada insan-insan disekeliling hamba.... Hamba benci melakukan kezaliman....hamba paling benci menjadi hambaMU yang berbuat dosa...Astagfirullahal'adzim....ampunkan hamba ya Allah.... Sebesar zarah pun tidak mampu hamba sembunyikan apa yang telah hamba lakukan... apa yang terlindung dibalik hati hamba... semuanya KAU ketahui....makanya, bantu hamba ya Allah....Permudahkan semuanya, jangan KAU persulitkan, dekatkan jangan KAU jauhkan, halalkan jangan KAU haramkan....Jiwa hamba resah, hati hamba gelisah....banyak yang hamba fikirkan...banyak yang hamba conggak...jelas tanpa bantuanMU ianya akan terus menjadi sukar.


(......Disambung pada tanggal 3 Zulkaedah....)

DIA sedang mendengar doa-doa hamba...

Kasihi hamba ya Allah....
Bantu hamba...
Permudahkan semua urusan hamba...
Permudahkan semuanya....


***Mungkinkah? :-)

(Tunggu entry seterusnya....)


Wednesday, April 1, 2015

Aku Hanya Ingin Bebas....Ingin Terbang Lepas....

Image result for career promotion picturesWahai Allah, Bantulah hambaMU... 
Wahai Manusia, Fahami Aku.... 
Cubaan ini membelengguku....

First of all.....Sori! entry ini adalah throwback.... this is a story in year 2014.... hihihihi Namun, memandangkan mama ni tersangatlah 'bizi' makanya di bulan Mac 2015 baru sempat dinukilkan disini.... Nampak tak kat situ...kesibukan mama ni sikit lagi nak kalahkan YB...lols! Niat utk menulis kisah ni dah lama ada, namun kekangan masa dan hal-hal lain sentiasa menghalang....And, finally...this is the day....mama nk tulis panjang2.... Nak kampoi penceritaan untuk 4 bulan sekaligus hahahhahaha....

Disember 2nd - must be mama's special n happy day in year 2014 (actually, byk lagi yang lain....sj nk highlight hari tu jugak ngehngehngeh....). Alhamdulillah, selepas hampir 7 tahun menunggu...mama akhirnya mendapat kenaikan pangkat. A best chapter in my career life!!. Tiada siapa pun tahu melainkan Yang Esa, apa yang bakal kita hadapi disebalik promotion ini... Mama sendiri tidak menjangkakan yang mama akan ditempatkan jauh di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs). Ini mmg cabaran yang hebat utk mama....Perjalanan mengambil masa hampir 3jam with 120km a day (return way)....wahhhhh sangat2 mencabar dan memberikan tekanan yang sangat...... (sangat apa eh?)... hanya yang mengalami akan memahami.... Subhanallah.... 3 minggu pertama... perjalanan banyak disulami air mata....mama akui mama xbiasa memandu sejauh ini...keluar dr rumah seawal jam 6.40pagi..... perlu mengisi minyak sendiri.... sekali sekali singgah utk cuci kereta sendiri....

Image result for money picturesSemuanya agak sukar pada awalnya..... 
Januari 2015 - which is memasuki bulan ke 2, mama semakin adapt dengan keadaan ini....boleh menyesuaikan diri dengan agak baik.... belajar melakukan apa jua tanpa papa....tidak lagi menjadi isteri yang disediakan semuanya oleh encik suami.... menjadi agak kuat dan lebih kental...bahkan juga menjadi kaki racing hahahahahaha.......Berulang untuk satu jarak yang agak jauh sesungguhnya memerlukan kesabaran yang tinggi, ketahanan mental dan juga fizikal yang sangat ampuh...malah juga memerlukan peruntukan yang agak besar.....walau kereta mama kecik tp tetap juga habis satu tank lebih untuk perjalanan 5 hari tu...it's cost about RM260 for fuel.... ehem.... ehem....nilai yang amat besar untuk mama (saat coretan ini ditulis). Belum masuk kira kos2 lain lagi tu.....mmg xmampu ditanggung oleh mama... 

Petikan para 4- surat permohonan tukar ke JPA, ".....Harus saya nyatakan di sini, perbelanjaan harian saya menjadi sangat tinggi dan saya sering mengalami masalah kewangan. Gaji bersih selepas tolak potongan pinjaman berbaki sebanyak RM1711.75. Dengan jumlah inilah saya perlu melunaskan perbelanjaan harian/bulanan seperti belanja dapur (RM300), yuran sekolah anak-anak (RM360), van sekolah anak-anak (RM200), utiliti – elektrik/air (RM150), minyak kereta (RM260), perbelanjaan harian sendiri (RM300), perbelanjaan harian anak-anak (RM270) dan beberapa perbelanjaan lain seperti bil telefon bimbit, yuran bulanan anak di tadika dan sebagainya. Tuan, jumlah ini sahaja sudah melebihi pendapatan saya...."


(Penulisan terus disambung pada tanggal 31/3 hihihihi...) Kita sekeluarga melalui waktu yang sangat sukar...semetelah papa masih lagi belum dikurniakan rezeki pekerjaan oleh Sang Khalid. Kehidupan dilalui dengan serba sederhana... Cakaplah, bergolok-bergadai....sampai melepaskan satu2nya Syurga Kecil Kami di Bertam Perdana juga telah mama dan papa lakukan semata-mata untuk kelangsungan hidup. Allah benar-benar menguji kita untuk kali ini....mungkin mama dan papa terlalu berleka atau juga mungkin juga teralpa dalam melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab yang telah Allah syariatkan sehingga kita 'diketuk' sekuat ini... Tiada siapa yang tahu melainkan Allah SWT sahaja yang mengetahui rahsia tersebut. Berbalik pada apa yang mama kena lalui...yang menjadikan kehidupan mama dalam keadaan sedikit tertekan, menghadapi perjalanan panjang dan mengambil waktu yang lama untuk melunaskan tanggungjawab mama sebagai penjawat awam.....tekanan dari aspek RM...tekanan dari aspek beban kerja yang tinggi....tekanan juga bila terpaksa tinggal bukan di rumah sendiri turut menjadi penyumbang kepada ketidakurusan hari-hari mama....  Allahuakhbar... ..dengan siapa lagi tempat yang ada untukku mengadu selainMU ya Allah....tiada saudaraku disini...anak2 terlalu kecil untuk memahami.....ditempat baru juga mama masih belum ketemui seseorang yang boleh berkongsi rasa.....akhirnya, semuanya mama telan sendirian. Mama terima dengan tabah... dengan sabar....sebab mama tahu, Allah tidak akan sesekali datangkan dugaan ini kalau mama tidak mampu tanggunginya....In Sha Allah, mama kuat.... In Sha Allah...mama boleh atasinya... 

Petikan para 5- surat permohonan tukar ke JPA, ".....Untuk makluman pihak tuan, hampir separuh dari hari-hari saya dihabiskan demi tuntutan kerja. Seawal jam 6.40 pagi saya telah memulakan perjalanan untuk ke JKNPs yang terletak 60km sehala (120km pergi-balik) dari rumah penginapan dan hampir jam 6.30 petang barulah saya sampai ke rumah. Keadaan ini amat memenatkan sehinggakan tumpuan saya terhadap keluarga terjejas. Dalam keadaan-keadaan tertentu emosi saya cepat terganggu, cepat marah dan mengalami keletihan yang melampau. Seterusnya anak-anak menjadi tempat saya melepaskan tekanan. Keadaan ini sangat memberi kesan kepada saya dan kerap kali saya terfikir saya adalah seorang ibu yang gagal. Jika keadaan ini berterusan, saya mungkin mengalami masalah tekanan/stress yang melampau dan pastinya akan menjejaskan tumpuan saya terhadap pekerjaan..."

Hidup perlu terus tanpa mengharapkan sesiapa pun memahami dan bersimpati dengan apa yang kita lalui...mama tetap akan sediakan keperluan yang terbaik untuk anak2 mama....mama akan setia disamping papa kerna cinta mama pada papa tanpa syarat...rasa cinta mama pada papa tetap sepertimana mula2 mama fallin' in love kat papa berbelas tahun yang lalu....Orang kata dalam keadaan susah baru kita kenali siapa sahabat kita yang sebenarnya...Tepat sekali!! Kawan datang...kawan pergi, tapi kawan mana yang setia bersama kita saat kita perlukan bahu untuk melepaskan lelah...saat kita perlukan telinga untuk mendengar segala luahan hati kita....saat kita perlukan sokongan dan dorongan siapakah yang berada di sisi kita?? Kawan keliling pinggang tu bila kita senang sahaja....kawan untuk berkongsi tangis??? Sendiri mau ingat....Adik beradik? Di mana adik beradik yang sedarah sedaging tu???? Allahuakhbar, tepuk dada tanya iman.... Ada yg memahami dan membantu...Terima kAsih!  Tak kurang juga yang berdiam 1000 bahasa walau kononnya hidup di dalam rumah banglo serba mewah....Masing-masing punya pendirian....punya alasan untuk setiap perbuatan yang dilakukan... semoga semuanya sentiasa dilindungi Allah SWT jua.....Kami tidak mengharapkan bantuan....usaha dan tawakkal tidak akan putus kami panjat padaNYA....Pasti, akan tiba harinya semua ini akan berakhir...akan muncul mentari untuk kembali menyinari hari kami....Doakan yang terbaik untuk kami....

Petikan para 7- surat permohonan tukar ke JPA, "....Justeru, saya mohon dengan sepenuh hati supaya pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan pertukaran saya ini dengan mendalam. Sekiranya berjaya tukar, sekurang-kurangkan perbelanjaan minyak dapat dikurangkan dan perbelanjaan van sekolah anak-anak tidak lagi digunakan kerana saya sendiri boleh menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah kerana waktu persekolahan anak-anak di SRIDA bermula jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari. Sekaligus, perbelanjaan bulanan dapat dikurangkan dan boleh diurus dengan lebih baik. Saya mohon agar tuan memahami dan meletakkan diri tuan dalam keadaan saya. Ianya terlalu sukar dan menuntut kesabaran dan ketahanan yang bukan sedikit. Saya tidak mahu perkara ini memberikan kesan negatif terhadap keluarga dan kerjaya saya pada masa hadapan. Perhatian mendalam dari tuan amat saya hargai..."

Perjalanan yang panjang memberi ruang dan peluang untuk mama berfikir.... Malah mama bisa berfikir untuk sesuatu perkara berkali-kali. Banyak yang ada dalam minda mama...Seperti tajuk entry ini...Mama ingin lepas....mama ingin bebas....I'm really mean it!! Mama ingin pergi jauh....BUT going WHERE??? ke mana? Banyak yang mengikat... banyak yang terikat!!! Sudahnya kebuntuan ini kekal menjadi buntu. No turning point! No exit road!!No U-turn!!! SO HOW? ===================================
Wahai Allah...bantulah kami....
Wahai manusia...fahamilah kami.....
Wahai insan-insan yang terhampir dengan kami, selami apa yg kami alami....cubalah untuk meletakkan diri kalian dalam keadaan ini...Saat itu baru kalian akan sedari dan fahami (barangkali!) apa yang kami lalui...Jangan mencemuh kami!! Jangan under-judge kami....Sebaliknya bertanyalah khabar kami......berprasangka baiklah pada setiap dugaan yang didatangkan Allah kepada kami....kerana kami juga tidak pernah berprasangka buruk untuk setiap ujian yang didatangkan Allah ini....

Buat adik-adik yang kononnya cubit paha kiri, peha kanan pun akan terasa....
Apa jua soalan kamu, 'abangmu' akan menjawab....
Apa juga yang berada dibenakmu...'abangmu' akan huraikan....
Jangan kamu termakan dan memakan setiap butir bicara yang didengari dengan mudah (dari sesiapa pun!!)...Harta yang dicanang-canang itu tidak akan dibawa ke lubang kubur....Tiada apa yang perlu direbutkan! Aku sendiri, dengan tanganku ini akan serahkan kepada kamu sekiranya itu memang milik kamu yang hak!! Tapi sebelum itu, jangan menghina...jangan mengutuk...jangan mencemuh...jangan mengungkit untuk apa jua yang telah tersurat & TOLONG jangan sekali-kali menghukum 'abangmu' seolah-olah kamu itu Tuhan!!! Jangan nanti kamu sendiri akan tergolong dalam golongan hamba-hambaNYA yang kufur nikmat...Nauzubillah. Kelak, bila Tuhan mendatangkan ujian sebesar 'abangmu'...kamu belum tentu dapat mengatasi.... Ingat, hidup adalah pusingan dalam sebuah bulatan yang dinamakan dunia...Hari ini mungkin semuanya indah dan sempurna untuk kamu...esok lusa belum tentu begitu...Hayati sedalamnya makna ayat dari Surah Al-Baqarah:216 seperti di atas. Semoga kita semua dijauhi Allah dari sifat2 kufur. In sha Allah....

Apa pun jua, masih aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH ALLAH.

p/s: Tulisan ini penuh emosi....dengan pelbagai watak dan peranan...sebagai pekerja, sebagai kakak dan juga sebagai isteri... Luahan ini lahir dari hati yang sarat dengan 'keserabutan'! Saya merasai kecelaruan dalam entry penulisan kali ini....Plot penceritaan yang berterabur - Kesimpulannya, saya bukan seorang penulis yang kreatif hahahahaha - Kalian tidak perlu untuk memahami ok? :-)

 


Wednesday, March 11, 2015

I Have A DREAM....

MISI UNTUK MENGEJAR IMPIAN.... 
 (yeeeeaahhhh...lets start it and lets do it Murni...)

Image result for gambar dreams
Times fly away...they don't stop to wait for u...not for me as well... They just go...and go.... Apa yang dah terlepas maka tidak akan bisa berulang lagi...(Melainkan Allah SWT mengkehendaki ianya berlaku..) Masa yang akan datang, perlu kita rencanakan sebaik mungkin.... Kata bijak pandai, gagal untuk merancang adalah gagal dalam istilah kata yang sebenarnya...Dan aku??? Aku punyai impian dan rancangan masa depan yang tersendiri.... Eeerrrmmmm barangkali bisa ku sebut ianya amat besar...Namun aku masih lagi tercari-cari bila tibanya saat dan waktu yang terbaik untuk aku mulakan...Dimana perlu aku mula....Bagaimana untuk aku mula...Siapa perlu mula... Oh! Allah...hambaMU ini benar-benar berharap akan bantuan dariMU ya Allah....Jengjengjeng.....And now, i'm reveal my biggest secret :-) hihihi.....Aku ingin sekali menjadikan minatku dalam bidang penulis sebagai sesuatu yang aku boleh banggakan...Aku ingin menjadi seorang penulis!!!!! Ya! Penulis novel....titik.

Image result for gambar dreamsKebelakangan waktu ini aku banyak dan kerap menghabiskan masa dengan bahan bacaan.... Banyak yang aku baca...macam2 genre... Janji aku dapat membaca... :-) Tapi paling ketara adalah bacaan novel. Semenjak my Indah berada dalam jagaan maktok, aku banyak mempunyai masa senggang... Justeru minat membaca dan menulis ini dapat dikembangkan sedikit demi sedikit. Malah, melalui pembacaan ini menjadikan minat aku terhadap penulisan semakin membuak-buak....Idea datang mencurah-curah bak hujan yang mencurah...ohhhh kat Kedah memang musim hujan sekarang :-p ....Cuma wujud faktor penghalang yang tidak dapat dielakkan. I'm feeling so so sad...ada di antara plot2 yang aku susun nampak seakan-akan tidak kemas.... Justeru, dek kerana aku masih tidak berpuas hati dengan kesinambungan2 plot yang dilihat agak longgar...ianya masih kekal sebagai draft...arghhhhhhhh tension apabila keadaan ini masih belum menemui jalan keluar....
 
Sometime when i'm start reading a book, i'm impressed with an ideas & the plot yang writer susun...sangat kemas...sangat cantik...even it so touching when it come to romance part...all can touch to the heart...just imagine hanya dengan reading and u crying like a crazy hahahaha... Yes! I want to have such a strong plot so that all the reader can remember me as a seorang penulis yang bijak....wwwaaaahhhhhhhh my biggest dream dah reveal...... clap!clap!clap!...(tertunduk malu.... :-P ) ......................................percaya atau tidak entry ni mengambil masa lebih 4 bulan utk di published!! Ya Tuhan......masa adalah sesuatu yg sangat pantas meninggalkan kita...no turning back at all..... mama akan sambung dengan entry apa yg berlaku dlm masa 4 bulan ini dlm next entry.....so, mimpi ini akan terus menjadi mimpi........

k...bai... :-)