Wednesday, November 4, 2015

Cintailah Perempuan Yang Membaca....(Dan, Akulah Perempuan itu...)

Hahahahaha Poyo tahap gaban tajuk entry kali ni... By the way, hari ni aku stressssss sgt!! Semua benda aku nampak siyamang. Siyamang tu spesis beruk kot...Ntah la, aku pun xtahu!! (nmpk level stress aku...tahap hijau tu...) So, in order to reduce my stress level, aku start googling everywhere.....Yo! this is what i found!! CINTAILAH PEREMPUAN YANG MEMBACA Interesting topic, isn't it?? Waaahhhhh suke1000x. Tetiba terasa akulah perempuan itu....I love reading...i do loving a writing... Novel? Bila novel kau nak siap Murni?????? ahaks.. Lets check it out girls...

Cintailah perempuan yang membaca. Perempuan yang berhabis duit untuk buku dan bukan baju. Dia punya masalah dengan ruang lemari baju, kerana dia punya terlalu banyak buku. Cintailah perempuan yang punya senarai buku untuk dibaca (to-read-book), perempuan yang punya kad perpustakaan sejak dia berusia dua belas tahun!!! Oh! my gosh.... somehow i wonder...ada lagi ke perempuan mcm tu??, ehem..ehem...

Carilah perempuan yang membaca. Dialah perempuan yang sentiasa menyimpan buku yang belum dibaca (bahkan juga yang belum habis dibaca) di dalam tas tangannya. Dialah yang meninjau-ninjau di dalam kedai buku dengan penuh rasa kasih sayang. Yang menyusuri setiap baris rak buku sambil membelek-belek sinopsis dan juga prolog sesebuah novel tanpa jemu...Yang menjerit kecil apabila berjaya menemui buku yang dicari. Jika kau terlihat seorang gadis aneh yang mencium bau halaman buku lama di kedai buku terpakai itu dengan penuh rasa syahdu....Itulah dia perempuan yang membaca dengan seluruh jiwanya. Dia tidak akan dapat menahan nafsu untuk menghidu halaman buku lama, terutamanya yang sudah mulai menguning!!. Huurrmmmm....

Dialah perempuan yang membaca sambil menunggu di sebuah kedai kopi di penghujung jalan sana. Jika kau masih melihat cawan kopinya, yang mana krimer bukan tenusu masih lagi terapung di atas....tetapi, dia sudah pun dilamun keasyikan. Hilang tenggelam dalam dunia yang dicipta oleh si penulis. Duduklah di sebelahnya....Dia mungkin akan menjeling, kerana perempuan yang membaca tidak suka diganggu ketika beliau sedang membaca. Tanyakan padanya jika dia suka buku yang sedang dibacanya itu. Belikan dia secawan kopi lagi untuknya, memandangkan kopi yang dipesannya mulai sejuk dan pastinya tidak asyik untuk dihirup lagi.... Nice try!..

Katakan pada dia “apa yang kau fikir tentang Murakami”. Lihat sama ada dia sudah melepasi bab pertama Fellowship tersebut atau tidak... Fahami bahawa jika dia katakan yang dia faham Ulyssesnya si James Joyce, itu hanyalah kerana dia mahu kelihatan bijak. Tanyakan juga kalau-kalau dia sukakan Alice, atau jika dia mahu menjadi Alice?? hihihihi

Alangkah senang bercinta dengan perempuan yang membaca.. Hadiahkan dia buku (apa genre sekalipun ok, but highly recommanded utk kamu hadiahi dia dengan koleksi novel bergenre romantic or some epic love story) pada setiap hari lahirnya, or maybe pada setiap ulangtahun  perkenalan, atau lebih manis lagi pada setiap ulangtahun perkahwinan... Hadiahkan kepadanya berupa kata-kata, baik dalam puisi mahupun dalam lagu. Berikan dia Neruda, Pound, Sexton, Cummings. Biar dia mengerti bahawa kau memahami yang kata-kata itu adalah cinta. Ya, kata-kata itu adalah pengukapan sebuah CINTA... Oh! How romantic....


Fahamilah yang dia sememangnya tahu akan beza antara dunia buku dan dunia realiti, walaupun dia tetap bersungguh-sungguh juga mahu menjadikan hidupnya seperti seakan-akan watak buku yang paling dia suka. Bukan salah kau, kalaupun dia mencuba begitu!!. Itulah perempuan itu...yang suka sangat membaca..dan menjiwai watak utama itu dengan baik sekali...ahaks...!

Apa cara pun, dia mesti akan tetap dan perlu mencuba juga. Berbohonglah padanya. Jika dia memahami sintaks, dia akan faham keperluan kau untuk berbohong. Di balik kata-kata ada perkara-perkara lain: motivasi, nilai, nuansa, dialog. Tidak akan kiamat lagi dunia, kalau kau didapati bersalah untuk membohongi padanya.

Kecewakan dia dengan kegagalan. Kerana perempuan yang membaca tahu bahawa kegagalan selalunya membawa kepada klimaks jalan cerita. Kerana perempuan yang membaca faham bahawa tidak semua perkara berakhir begitu sahaja. Masih boleh ditulis sekuelnya. Masih boleh mula semula, lagi dan lagi, dan masih boleh lagi menjadi seorang hero/heroin. Dia pasti akan faham (melalui pembacaan) bahawa dalam hidup, mesti ada satu atau dua watak jahat. Kenapa takutkan segala yang bukan kau? Perempuan yang membaca memahami bahawa manusia, sama juga seperti watak dalam buku, berkembang. Kecuali dalam siri Twilight....hahhahaha 100% benar!

Kalau kau akhirnya bertemu perempuan yang suka membaca...jangan dibiarkan dia pergi jauh. Bila kau ketemu dia di tengah malam, jam dua pagi sedang memeluk buku ke dadanya dan sedang menangis teresak-esak, buatkanlah dia secawan teh or coffee or maybe hot chocolate or apa jua minuman yang menjadi kesukaannya dan peluk dia rapat-rapat. Kau mungkin kehilangan dia untuk seketika (kerana dia masih larut dan tenggelam ke aras yang paling dalam, mana tahu endingnya si hero mati or heroin dipaksa berkahwin dengan bukan si cintahati atau maybe juga dugaan dan halangan yang yang perlu diharungi dengan kuat) tetapi dia tetap akan kembali pada kau. Dia akan berbicara seolah watak di dalam buku itu hidup, kerana untuk suatu ketika, watak-watak itu akan benar-benar hidup di dalam dirinya

Kau akan melamarnya di atas belon udara panas, oh maybe di Cappadocia... Atau mungkin ketika konsert rock artis pujaan hatinya....Atau secara bersahaja bila dia jatuh sakit akibat terjatuh dari basikal di tepi bentang padi yang sedang masak menguning... Atau melalui Skype, atau teknologi terkini menggunakan aplikasi whatsapps!! Kau akan tersenyum sampai telinga dan tertanya-tanya kenapa jantung kau masih belum meletup keluar dari rongga dada. Pheeewwww...

Kau akan menulis kisah hidup kau berdua, punya anak-anak dengan nama pelik-pelik dan selera yang bukan-bukan. Dia akan perkenalkan anak kau kepada Cat in the Hat dan Aslan, barangkali pada hari yang sama. Kau akan berjalan di musim salji bersamanya bila sudah berusia nanti, dan dia akan bacakan Keats dengan nada lembut sambil kau ketis salji dari kasutmu...ketika itu mungkin kamu berdua sedang mengulangi moment bulan madu di New Zealand pada musim salji untuk kali yang ke seribu kali di dalam hidup...oh! so lovely...

Cintailah perempuan yang membaca kerana kau berhak. Kau berhak untuk dapat seorang perempuan yang boleh memberi kau kehidupan penuh warna. Kalau kau hanya bersedih, membosankan dan tidak serius, adalah lebih baik kau bersendirian. Kalau kau mahukan dunia, dan dunia-dunia di sebaliknya, cintailah perempuan yang membaca.

Atau lebih baik, cintailah perempuan yang menulis…oh!
(Oleh: Rosemarie Urquico. Terjemahan: Izmil Amri.  Olahan bahasa novel in italic: Murni)

Bacaan ringan yg menghilangkan rs stress hari ini... Bestkan?? 
Ok, happy sharing.
muahhhhmuahhhh
Bye...


No comments:

Post a Comment